Gambar menunjukkan 'lampu isyarat paling mengelirukan di dunia' di Taman Tema Yangrenjie di Chongqing, China. |
Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu.
Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa.
Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong.
Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam,
Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu.
Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia
Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut.
- Agensi
Sumber Kosmo Online 19/02/2013
Lihat entri terdahulu: Warga kota bazir RM6.6 juta atas kesalahan lampu isyarat
GB Times | Metro | Shanghai ist | The Urban Country
0 comments:
Post a Comment