Thursday, February 28, 2013

Kurang tidur jejas gen, punca masalah kesihatan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

New York: Kurang tidur, walaupun cuma seminggu berpotensi memberikan kesan bahaya kepada gen, menurut kajian yang menunjukkan kaitan antara masalah tidur dan pelbagai masalah kesihatan.

Sebelum ini, ia sudah pun dikaitkan dengan masalah seperti penyakit jantung dan kecacatan kognitif serta obesiti.

Namun penyelidik tidur, Derk-Jan Dijk dan pasukan penyelidiknya, mengulas mengenai mekanisme molekul di belakang fenomena itu, melihat bagaimana kekurangan tidur membawa kepada masalah kesihatan.

Mereka mendapati tidur selama enam jam atau kurang selama seminggu pada waktu malam menjejaskan 711 gen, termasuk yang terbabit dalam keradangan, imuniti dan tindak balas tekanan.

Mereka juga mengalami kejanggalan dalam rentak circadian gen, berdepan penurunan mendadak bilangan gen sepanjang hari dan menjejaskan amplitud.

Menurut kajian pada 2010 oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hampir satu pertiga pekerja di Amerika Syarikat, 40.6 juta, secara purata tidur enam jam atau kurang pada waktu malam. - Agensi.

Sumber BH Online 28/02/2013

CBC News  |  Channel News Asia  |  Cq News  |  Daily Mail  |  Empowered News  |  Express  |  Huffington Post  |  Irish Health  |  Medicine Net  |  Men's Fitness  |  News.com.au  |  Perth Now  |  Spire Healthcare  |  Supanet  |  Telegraph  |  The New Age  |  Topnews

0 comments:

Post a Comment