Sunday, February 17, 2013

Hansen menang World Press Photo

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Tempat Pertama oleh Paul Hansen dari Sweden.
THE HAGUE 16 Feb. - Gambar oleh Paul Hansen yang memaparkan jenazah dua kanak-kanak Palestin yang dibawa untuk dikebumikan dalam satu serangan udara Israel memenangi anugerah World Press Photo 2013.

Jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden itu mengambil gambar tersebut ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya, Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November lalu.

Chen Wei Seng dari Malaysia telah memenangi hadiah
pertama dalam kategori Aksi Sukan Individu.
"Kekuatan gambar itu terletak pada cara ia memaparkan kemarahan dan kesedihan sekumpulan orang dewasa yang mengangkat kanak-kanak tidak berdosa itu.

"Gambar itu tidak akan dapat saya lupakan selama-lamanya," kata juri dari Peru, Mayu Mohanna.

Ayah kepada kanak-kanak malang itu, Fouad, turut terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis yang meranapkan rumah mereka manakala ibu mereka pula diletakkan di dalam unit jagaan rapi.

Paul Nicklen dari Kanada, bekerja untuk majalah
National Geographic, telah memenangi hadiah
pertama dalam kategori Cerita Alam.
Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP, Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari Amerika Syarikat (AS), masing-masing memenangi kedudukan kedua dan ketiga bagi kategori Spot News melalui gambar mereka yang diambil di kawasan pertempuran mengerikan di bandar Aleppo, Syria.

Persaingan World Press Photo tahun ini menyaksikan sebanyak 19 juri profesional dalam bidang jurugambar berita dan jurugambar dokumentari memilih 103,481 gambar yang dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124 negara.

Pemenang utama, Hansen, akan menerima wang tunai sebanyak AS$13,000 (RM40,287) dan kamera dalam majlis di Amsterdam, April ini. - AFP

Sumber Utusan Online 17/02/2013

ABC News  |  Al Arabiya News  |  Amateur Photographer  |  Ansa med  |  BBC News  |  Breakingnews.ie  |  British Journal  |  CBS News  |  CNN  |  Deccan Chronicle  |  Dutch News.nl  |  France 24  |  International Business Times  |  Latino Daily News  |  The Jakarta Globe  |  Newser  |  Peta Pixel  |  Press TV  |  Radio Free Europe Radio Liberty  |  RFi.fr  |  RT.com  |  The Globe And Mail  |  The Guardian  |  The Independent  |  The Local  |  The New York Times  |  The Telegraph  |  The Times  | The Verge  |  Time





0 comments:

Post a Comment