Tuesday, December 04, 2012

Taufan Bopha membadai Filipina

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

MANILA: Taufan Bopha yang melanda selatan Filipina, awal pagi tadi mengakibatkan lebih 40,000 penduduk di pesisir pantai Mindanao terpaksa menyelamatkan diri dan berlindung di tempat yang sempit.

Taufan yang terburuk pernah melanda Filipina sepanjang tahun ini dicatatkan pada kelajuan sehingga 210 kilometer sejam, iaitu turut mengakibatkan pokok tercabut selain operasi 80 penerbangan dan ribuan feri penumpang terpaksa digantung.

Kerja pembersihan jalan raya dijalankan selepas Taufan Bopha
membadai bandar Tagum, wilayah Davao del Norter, hari ini.
Taufan yang terburuk melanda di wilayah di Mindanao,
Filipina tahun ini turut mengakibatkan lebih 40,000 mangsa
terpaksa mendapat perlindungan di ruang sempit. - Foto AFP
Pegawai Pertahanan Sivil Daerah, Liza Mazo berkata, pihaknya berharap tiada mangsa yang terkorban susulan kejadian itu.

“Tenaga elektrik terputus sebelum Subuh. Kami menerima laporan taufan itu membawa angin kencang, ombak yang tinggi dan ancamannya dijangka meningkat bagi sesetengah kawasan pesisir pantai.

“Kami berharap dan bertafakur supaya tiada mangsa yang terbunuh. - AFP

Sumber BH Online 4/12/2012


Earth Sky  |  ABS CBNnews  |  The Sundaily  |  Reuters  |  Alert Net  |  CNN  |  BBC News  |  The Washington Post  |  Inquirer News  |  Stuff.co.nz  |  Earth Observatory  |  Agu Blogsphere  |  Eurekalert  |  The Watchers  |  Bloomberg  |  Al Jazeera |  Oceania TV1  |  Oceania TV2

0 comments:

Post a Comment