Saturday, December 08, 2012

Noken Papua diiktiraf warisan budaya dunia

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kaum wanita di Kampung Obia memakai noken di kepala.
PEKANBARU, Riau - Noken Papua atau dikenali sebagai beg rajutan khas yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Papua, akhirnya diiktiraf sebagai satu daripada warisan budaya dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Noken Papua digunakan masyarakat
Orang Asli di Papua sebagai beg untuk
mengangkat barangan keperluan
dan pelbagai kegunaan lain.
Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Wiendu Nuryanti berkata, seluruh delegasi Jakarta bersyukur selepas noken diterima sebagai warisan dunia.

"Cadangan untuk menjadikan noken sebagai warisan dunia telah dilakukan sejak empat tahun lalu dan akhirnya mendapat pengiktirafan UNESCO yang dibarisi wakil dari 189 negara," katanya.

Menurut Wiendu, Indonesia mempunyai pelbagai budaya dan tradisi yang perlu dijaga dengan baik untuk menunjukkan kekuatan dan karakter bangsa yang teguh.

Sumber Utusan Online 8/12/2012

BBC News  |  Detik News  |  Detik Travel  |  Indonesia Berprestasi  |  Jakarta Globe  |  Kabar24.com  |  Kelana Kota  |  Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia  |  Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia  |  Koran Jakarta  |  National Geographic  |  Obor News  |  Republika Online  |  Sekretariat Kabinet Republik Indonesia  |  Suara.asia

0 comments:

Post a Comment