Sunday, November 25, 2012

Terapi muzik tenangkan pesakit

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Washington: Terapi muzik didapati membantu menenangkan pesakit sebelum, ketika dan selepas pembedahan selain mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan waktu pemulihan, kata satu kajian terbaru.

Universiti Kentucky yang melakukan penyelidikan terhadap penggunaan muzik dalam pra pembedahan, ketika pembedahan dan peringkat pos pembedahan mendapati muzik berjaya memberikan keputusan positif dalam semua tiga peringkat berkenaan.

Muzik yang perlahan dan tenang menghasilkan keputusan paling positif dan memberikan keadaan tenang serta mengurangkan kesakitan kepada pesakit.

Data mencadangkan bahawa muzik boleh memberi beberapa manfaat antaranya dalam mengurangkan kos dan tempoh tinggal di unit rawatan rapi, lapor Southern Medical Journal.

Pesakit akan berasa kurang takut sebelum menjalani prosedur dan pulih dengan lebih cepat serta berasa berpuas hati selepas didedahkan dengan muzik ketika pembedahan dan frasa pos pembedahan dijalankan.

Mereka juga tidak memerlukan banyak bius dan dilaporkan lebih berpuas hati dengan pengalaman perubatan itu, kata kenyataan Kentucky.

Di sini di UK (Universiti Kentucky), muzik terapi biasanya digunakan bagi membantu pesakit menangani rasa sakit dan takut, kata Lori Gooding, pengarah terapi muzik Kentucky.

Muzik yang dipilih oleh kakitangan terlatih lebih sesuai kerana garis panduan khas bagi pemilihan muzik perlu dipatuhi dalam usaha untuk memaksimumkan kesan positif kepada pesakit walaupun cita rasa muzik pesakit juga dipertimbangkan.

Karektor muzik juga penting dalam keberkesanan terapi muzik. Antara lain termasuk tempo, irama dan kelantangan muzik yang perlu dikawal secara berhati-hati untuk memberikan kesan positif yang maksimum sesebuah muzik terbabit. - Agensi

Sumber BH Online 25/11/2012

Zee News India  |  Psych Central  |  Med India  |  Hill Post  |  Dubib.com

0 comments:

Post a Comment