Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi berusia 50-an mencatat rekod unik kerana empat isterinya bersekolah.
Lelaki itu mengahwini pengetua, guru dan seorang pelajar di sekolah yang sama manakala isteri keempat adalah penyelia di sekolah lain.


Guru itu dipetik akhbar Okaz sebagai berkata, pengetua melayan madunya seperti orang lain ketika bertugas di sekolah terletak di Jizan, barat laut Arab Saudi.
Beliau melayan madunya, guru dan pelajar berkenaan seperti juga pelajar dan guru lain, katanya.

Laporan tidak menyatakan sama ada dia mengahwini isterinya serentak dan usia pelajar berkenaan. Lelaki itu tinggal tidak jauh dari sekolah isterinya.

Bolehkah dia uruskan tekanan mental, fizikal dan kewangan untuk membesarkan anak atau dia akan biarkan mereka saja, kata Zeezo dalam komen di internet.
Satu lagi komen menasihati lelaki berpoligami itu memulakan sekolah lain dan memegang jawatan kanan. - Agensi.
Sumber BH Online 23/11/2012
Albawaba | New Zealand Herald | Digital Journal | Al Arabiya News | The Independent |
International Business Times |
0 comments:
Post a Comment