Tuesday, November 20, 2012

Program Inap Desa Malaysia Dapat Pengiktirafan UNWTO

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Program Pengalaman Inap Desa Malaysia berjaya meraih Anugerah Ulysses United Nations World Tourism Organisations (UNWTO) bagi kategori Inovasi Dasar Awam dan Pentadbiran pada majlis penyampaian anugerah itu di Istanbul Turki baru-baru ini.

Berhibur bersama penduduk kampung
dengan bermain congkak -
Foto Ihsan Kementerian Pelancongan
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pengiktirafan itu diberi kerana Malaysia berjaya mencipta produk pelancongan yang berinovasi melalui inap desa yang menarik minat lebih ramai pelancong untuk merasai kehidupan masyarakat tempatan.

"Ini adalah kali pertama Malaysia memenangi Anugerah Ulysses sejak anugerah itu dianjurkan pada 2003, dan kita amat berbangga kerana inisiatif itu telah menggalakkan pelancong datang ke Malaysia dan merasai kehidupan masyarakat tempatan," katanya kepada pemberita di sini.

Menikmati minum petang bersama
merapatkan hubungan keluarga angkat
Beliau berkata melalui program inap desa, jumlah kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa meningkat kepada 213,266 dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 141,163 orang bagi tempoh sama tahun lepas.

Ng berkata program itu turut mendapat perhatian negara luar seperti Singapura yang menghantar banyak pelajar untuk merasai pengalaman tinggal di inap desa di samping mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat tempatan.

Sumber BERNAMA 20/11/2012

0 comments:

Post a Comment