Sunday, November 11, 2012

Pendidikan Sosial Kanak-kanak Perlu Dipupuk Sejak Tadika

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Pendidikan sosial seperti nilai murni harus ditanam dalam jiwa kanak-kanak supaya mereka menjadi modal insan yang berguna kepada negara, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Justeru, beliau berkata ibu bapa harus mengambil berat soal pendidikan sosial anak mereka seiring pelajaran, dan ini perlu dilakukan ketika peringkat awal pembelajaran seseorang kanak-kanak itu.

"Pembelajaran awal ini sangat penting dalam proses penyediaan seseorang murid menghadapi zaman persekolahan dengan sempurna dan berjaya," katanya selepas merasmikan Hari Graduasi dan Konsert Tadika serta Pertunjukan Deepavali 2012 di Tadika Graduan Muda di Saujana Utama Sungai Buloh Sabtu.

Maglin juga menyeru ibu bapa memanfaat kemudahan yang disediakan kerajaan dan menghantar anak mereka ke tadika agar dapat membiasakan diri apabila memasuki zaman persekolahan sebenar.

Sumber BERNAMA 11/11/2012

0 comments:

Post a Comment