SINGAPURA: Singapura tidak akan menyiarkan nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di negara itu untuk mengurangkan tekanan akademik ke atas kanak-kanak. Namun begitu, langkah itu menerima reaksi berbeza. Apabila keputusan Peperiksaan Meninggalkan Sekolah Rendah (PSLE) dikeluarkan hari ini, media tidak lagi menyiarkan nama pelajar cemerlang seperti biasa dilakukan setiap tahun.

Seperti masyarakat lain di Asia Timur, masyarakat di Singapura juga amat mementingkan pelajaran tetapi obsesi terhadap keputusan cemerlang dikatakan menyebabkan pelajar dan ibu bapa tertekan. Ia juga menggalakkan cara pembelajaran mengingat fakta dan bukan berfikir secara kritikal.

![]() |
Bernice Koh, 38, meletakkan jawatan sebagai Setiausaha kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak perempuannya, Cherie Lim, 11, yang akan mengambil PSLE tahun depan. |
Keputusan kementerian untuk tidak lagi menyiarkan nama pelajar cemerlang di media, menerima reaksi berbeza. “Ada pelajar yang tidak cemerlang ketika di sekolah rendah, tetapi berjaya dalam hidup,” kata pengetua sekolah rendah, Kelvin Tay.
Tapi, ada yang tidak bersetuju dengan pandangannya. “Kami suka membaca cerita mengenai orang yang berjaya dalam bidang sukan dan di dunia perniagaan. Ini kerana kita perlukan seorang untuk dijadikan contoh,” kata Mazlita Abdul Jabbar, seorang akauntan di mana anak lelakinya mendapat tempat kedua untuk pelajar paling cemerlang, tahun lalu. - Straits Times.
Sumber myMetro 22/11/2012
The Straits Times | The New Paper
0 comments:
Post a Comment