Gambar bertarikh 22 November lalu menunjukkan kewujudan Pulau Sandy (dalam bulatan) di peta Google di internet. |
Pulau tersebut terletak di Laut Coral, barat Pulau Australia tetapi kumpulan saintis yang dianggotai Dr. Maria Seton dari Universiti Sydney gagal menemuinya selepas melakukan misi untuk mencarinya dengan menggunakan sebuah kapal.
Menurut Seton, atlas The Times Atlas of the World menamakan pulau tersebut sebagai Pulau Sable.
Peta cuaca yang digunakan sebuah kapal penyelidikan maritim Australia, Southern Surveyor turut menyatakan kewujudannya.
"Kami mahu memeriksa kewujudannya kerana carta pelayaran di atas kapal menyatakan air di kawasan pulau tersebut sedalam 1,400 meter yang dianggap 'amat dalam'.
"Pulau tersebut juga terdapat dalam peta Google dan lain-lain peta menyebabkan kami mahu memeriksa (kewujudannya) namun, tiada pulau di kawasan itu.
"Kami amat bingung," kata Seton selepas misi pelayaran selama 25 hari itu. - Agensi
Sumber Kosmo! Online 24/11/2012
abc News | France 24 | CBC News | The Guardian | BBC News | The Next Web | The Telegraph
0 comments:
Post a Comment