Sunday, November 04, 2012

Mengapa taufan dan ribut selalunya mengambil nama wanita??

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Di dunia ini banyak taufan dan ribut ganas, dan Sandy adalah salah satunya. Trend memberi nama taufan ini mengikut abjad diperkenalkan oleh sekumpulan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat (AS).

Menariknya tentang taufan-taufan ganas ini ialah rata-ratanya diberi nama wanita: Able, Barbara, Carol, Diana, Dolly, Irene, Jane, Katrina, Rita, Sandy, Veronica, Wilma, semuanya nama wanita..

Britanicca menyebut bahawa, pemilihan nama itu akan diselaraskan oleh jawatankuasa peringkat antarabangsa iaitu Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO).

Menariknya, nama taufan itu turut juga terdedah untuk dihapuskan. Sebagai contoh jika taufan itu menyebabkan kadar kematian atau kerosakan harta benda yang tinggi, ia tidak akan digunakan lagi.

Antara nama taufan yang telah dihapuskan ialah Andrew, Diana, Georges, Jane dan Mitch. Di Asia pula, nama-nama seperti Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan dihapuskan dan masing-masing digantikan dengan Nuri, Peipah, Molave dan Matmo.


Mengikut ceritanya taufan dan ribut mengambil nama wanita kerana sifat taufan dan ribut itu sendiri yang dikatakan menyerupai wanita yang mudah mengamuk dan naik angin. Sebab tu mereka ambil nama wanita untuk diberi nama kepada taufan-taufan ganas itu.

Satu jawatankuasa khas di bawah United Nation bagi menamakan taufan-taufan ini. Walaupun sebahagian daripada ahli jawatankuasa pemberi nama taufan ini adalah wanita, mereka tetap bersetuju taufan ganas perlu diberi nama wanita. Mengapa? Mungkin hanya wanita yang lebih mengenali wanita..

Bagi pembaca blog ni yang terdiri dari wanita jangan biarkan angin selalu naik seluruh badan, takut nanti ada taufan yang mengambil nama anda..

0 comments:

Post a Comment