Tuesday, November 20, 2012

Kenaikan Pangkat Secara Time-based Dicadang Diperluas Ke Seluruh Sektor Awam - KSN

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


KLUANG - Kaedah kenaikan pangkat secara 'timed-based' yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan dicadang akan diperluas ke sektor perkhidmatan awam lain.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan.

"Terdapat kira-kira 1.42 juta penjawat awam di negara ini dengan seramai 430,000 daripadanya adalah guru yang menikmati kaedah time-based.

"Kita (kerajaan) akan mengambil kira keseimbangan hasil dan perbelanjaan negara dan tunggu hasil laporan suruhanjaya yang dipengerusikan Tun Zaki Tun Azmi pada 31 Dis depan sebelum kaedah itu diperluas," katanya pada sesi soal jawab majlis amanat dan sesi interaksi bersama penjawat awam, di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Selatan, di sini, Selasa.

Semasa berucap pada majlis itu, Ali menasihatkan para penjawat awam supaya bijak menguruskan kewangan mereka terutama penggunaan kad kredit bagi mengelak diisytihar muflis.

Sumber BERNAMA 20/11/2012

0 comments:

Post a Comment