Friday, November 02, 2012

Bahasa SMS, Sembang Internet Dan Rojak Sumbang Kemerosotan Bahasa Kebangsaan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

SANDAKAN - Kewujudan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS), sembang internet dan bahasa rojak menyumbang kepada kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi.

Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol berkata penggunaan bahasa-bahasa itu secara meluas kebelakangan ini menunjukkan komunikasi yang tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan kesantunan masyarakat Malaysia.

"Fenomena ini perlu ditangani agar kemegahan rakyat terhadap bahasa Melayu dapat direalisasi melalui ungkapan 1Bahasa 1Negara.

"Sama-sama kita memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan bagi mengelakkan bahasa Melayu dipinggir," katanya ketika merasmikan perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Kembara Bahasa peringkat daerah Sandakan di sini Jumaat.

Juslie berkata usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu didukung bersama-sama pihak swasta terutama dalam institusi pendidikan, kewangan dan perhotelan.

Sumber BERNAMA 2/11/2012

0 comments:

Post a Comment