Monday, November 12, 2012

Bagaimana memaparkan masa dan cuaca pada halaman tab baru Chrome?

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kini hampir setiap hari kita bergantung kepada pelayar web, kadang-kala ramai yang tidak menggunakan halaman tab baru yang memperlihatkan beberapa laman yang sering dikunjungi. Untuk memberikan sesuatu yang baru, mungkin kini anda boleh mempamerkan ramalan cuaca dan masa terus pada halaman tab baru dengan mudah.

Extension khas untuk Chrome yang dinamakan sebagai Currently memudahkan perkara ini, membolehkan anda memaparkan masa, tarikh dan juga ramalan cuaca pada halaman tab baru Chrome. Rekabentuknya menarik minat ramai pengguna.

Currently ini juga didatangkan dengan halaman tetapan tersendiri, membolehkan anda memilih pelbagai perkara, seperti penggunaan masa 12 jam atau 24 jam, penggunaan format cuaca (Celsius/Fahrenheit), mengaktifkan animasi, dan beberapa perkara lain lagi.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencuba halaman tab baru yang berbeza, mungkin boleh memuatturun Currently ini daripada Chrome Web Store hari ini, dan mencubanya sendiri pada pelayar web Chrome anda.

Selepas pemasangan, anda kena klik pada:

1. Butang 'Customize and control Google Chrome' di sudut kanan atas.
2. Klik 'Settings' - 'Extensions'
3. Klik 'Options' pada Currently
4. Buat pilihan sendiri, dan 'Save'
5. Klik butang 'Home'

0 comments:

Post a Comment