Tuesday, October 16, 2012

Luar negara: Sekolah Rusia larang murid perempuan Islam pakai tudung

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

MOSCOW 15 Okt. - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung. Pengharaman itu berlaku di sebuah sekolah di Daerah Neftekuminsky Wilayah Stavropol, laporan RIA Novosti.

Pejabat Mufti berkata bahawa ia adalah aduan keenam di terima. Nota yang sama telah difailkan oleh ibu bapa dari Irzgirsky dan Daerah Stepnoy. Kira-kira 3,000 umat Islam, terutamanya Nogais dan etnik dari Dagestan, hidup di Karatyube.

Mufti wilayah Stavropol, Muhammad-Haji Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah. Beliau meminta ketua daerah, gabenor dan pendakwa di rantau ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Katanya, isu tersebut gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu. "Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan," jelasnya.

Ilona Vasyuk, timbalan ketua pentadbiran Daerah Neftekumsky, berkata bahawa pendakwa telah mengkaji aduan.

Sumber Vestnik Kavkaza Online 15/10/2012 - 2:20 pm.

0 comments:

Post a Comment