Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan surat pekeliling baru mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas, selaras dengan usaha untuk menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas tujuan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.
Ia ditandatangani Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.
Menurut surat pekeliling terbaru itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di JPM perlu mendapatkan kelulusan KSN.
Pegawai-pegawai di bawah seliaan Ketua Setiausaha Kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian pula perlu mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian (butiran tiga dalam pekeliling).
Muatturun Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012
0 comments:
Post a Comment