Sunday, October 14, 2012

AS setuju hantar lebih ramai guru bahasa Inggeris

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Malaysia akan menerima lebih ramai guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan, selaras dengan usaha Pelan Transformasi Pendidikan Nasional yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan murid-murid.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 25 guru bahasa Inggeris dari AS akan berkhidmat di Malaysia tahun depan, penambahan daripada sejumlah 50 guru tahun ini.

"Dua puluh lima lagi guru bahasa Inggeris dari AS akan membantu murid-murid kita tahun depan. Kita sememangnya mahukan lebih ramai tetapi mereka hanya mampu menghantar setakat itu," katanya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor di sini.

Sumber Utusan Online 13/10/2012

0 comments:

Post a Comment