Monday, March 31, 2014

Kapal laut menghadapi badai bagaimana hebatnya

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

LPG/C Venere ketika menghadapi gelombang.
Bagaimana sukarnya Search And Rescue (SAR) MH370 boleh dibayangkan ketika menghadapi gelombang besar. Ianya dapat digambarkan seperti di bawah.

Satu rakaman video dari kapal tangki LPG/C Venere ketika menghadapi taufan pada 19 Januari 2013.

Boleh dilihat setinggi mana gelombang ombak laut, hitungannya di atas 7 meter.

Seandainya perahu atau saiz bot kecil, mungkin sudah berkecai dilambung oleh ombak.


MSC Busan.
Yang satu ini lebih menarik, apakah kapal pengangkut sebesar kapal MSC Busan mampu menghadapi badai setinggi 7 - 8 meter.

Tentu saja boleh, tapi lihat dari video sampai ke hujung. Bahagian hadapan kapal ternyata berubah ubah ketika menghentam ombak besar, seperti melihat keretapi, MRT atau monorel. Kehebatan rancangan para jurutera dalam membuat kapal pengangkut gergasi.

Boleh di lihat pada saat ke 5, mulai bahagian depan kapal kelihatan bergerak.


Di bawah ini beberapa video dari kapal ketika menghadapi badai besar.

Marine Traffic - Photos of VENERE

Monday, March 24, 2014

Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - Najib

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pengumuman YAB Datuk Seri Najib mengenai MH370.
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

"Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Sumber BERNAMA 24/03/2014

Pelajar zahir simpati dalam lukisan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kuala Selangor: Pelajar Program Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 menzahirkan simpati melalui lukisan. Mendoakan MH370.

Warga sekolah turut berkongsi kesedihan atas apa yang telah berlaku dan simpati kepada keluarga mereka yang terlibat.

Semoga terus tabah atas apa yang telah berlaku.

Sumber: BH 24/03/2014

Tuesday, March 18, 2014

Mendoakan MH370

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Keratan Akhbar Sinar Harian - 17/03/2014 (Isnin).
Mendoakan MH370

Jumaat 14 Mac 2014
Jam 8:30
Tempat: SK Jeram Batu 20, 45800 Jeram. Selangor.

Program:
1. Solat Hajat mendoakan MH370 & Solat Sunat Istisqa' (minta hujan) - semua murid.

2. Bacaan Yasin mendoakan MH370 & Solat Sunat Istisqa' (minta hujan) - semua murid.

3. Melukis mendoakan MH370 oleh murid-murid Pendidikan Khas & Prasekolah.
Keratan Akhbar Berita Harian Didik - 17/03/2014 (Isnin).

Friday, March 14, 2014

Program mendoakan MH370

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Lukisan oleh murid-murid PPKI.
Program:
1. Solat Hajat - minta hujan & mendoakan MH370
2. Bacaan Yasin - minta hujan & mendoakan MH370
3. Melukis oleh murid-murid - mendoakan MH370

Jumaat 14 Mac 2014
Jam 8:30 pagi
Tempat: SK Jeram Batu 20, 45800 Jeram. Selangor.
Murid Pra UKM menunjukkan lukisan masing-masing.
Murid Pra UKM dengan lukisan masing-masing.
Murid-murid PPKI sedang mewarna lukisan.
Hasil lukisan murid PPKI. Kelihatan Pn. Nor Haida Ismail,
PK Pendidikan Khas (berdiri kiri)
Para Pentadbir bergambar dengan murid-murid.
Guru Besar dengan murid-murid, 'Mendoakan MH370'

Tuesday, March 11, 2014

SK Jeram Batu 20 mendoakan MH370

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sehubungan dengan kehilangan MH370, Guru Besar dan seluruh warga sekolah, rakyat Malaysia serta penduduk dunia melahirkan kerisauan dan turut sama mendoakan keselamatan mereka yang terlibat.

Jangan putus harapan. Jangan berhenti berdoa.

Marilah kita mendoakan keselamatan pesawat MH370 dan penumpang serta anak kapalnya. Mudah-mudahan ditemui semula dengan selamat dan keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini.

'Hasbunallahu wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man naseer'
(Cukuplah Allah sebagai penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung)

"Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah"
(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Sunday, March 09, 2014

Kebaikan dan manfaat coklat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Coklat susu atau coklat hitam?

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sehat yang tinggi, gula dan kalori – semuanya tidak baik untuk kesihatan – kerana ia mengandungi susu (jika dimakan
berlebihan!). Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam.

Sekeping coklat hitam mengandung dua kali ganda antioksidan dan kalori rendah dibanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan satu oz (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan satu oz
(28.3 gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandung kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan iaitu coklat hitam, tanpa kandungan susu.

Mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D dan vitamin E. Selain
itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao/koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi tertinggi.

Manfaat coklat bagi kesihatan :

1. Anti depresi, kerana coklat memiliki bahan dasar: Theobromine (600 mg) yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung.
Caffeine (70mg) dapat berfungsi sebagai anti depressant (kemurungan). Serotonine (3mg) Merupakan anti stress neurotransmite. Tyramine (2mg Dari Amino acid.

2. Memperbaiki fungsi kerja jantung, dengan kandungan flavonoid di dalamnya. Coklat juga mengandung antioksidan, dikenal sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Lemak dalam coklat tidak memberi
kesan kepada kolesterol darah.

3. Coklat dapat mengubati batuk. Menurut para ahli pemakanan, kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk dibanding ubat batuk. Hal ini didasari pada sebuah kandungan yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.

4. Coklat melindungi dari kanser. Coklat mengandung tingkat
polyphenols yang tinggi, kandungan yang ditemukan dalam makanan yang berasal dari tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu melindungi dari penyakit serius seperti kanser.

5. Coklat melindungi dari strok. Sebuah penelitian di Universiti California mengungkapkan coklat dapat membantu mencegah pembekuan darah, sesuatu yang dapat membantu pesakit terkena
strok. Para peneliti mengatakan coklat memiliki pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenal sebagai antipembekuan darah.

6. Coklat mencegah tekanan darah tinggi. Penelitian baru-baru ini menemukan kandungan yang terdapat dalam coklat dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi kerana coklat kaya flavanol, sejenis antioksidan yang dapat menjejaki dan menghancurkan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan penuaan dan berpotensi pada penyakit serius.

7. Meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan penelitian di Milan, coklat dapat menaikkan fungsi seksual pada pemakan coklat daripada yang bukan pemakan coklat.

8. Coklat kuatkan tenaga batin. Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya
mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.

9. Coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. penyelidik
Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy mengatakan mengambil coklat asli tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

Jenis Coklat Paling Sihat

Banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apakah perbezaannya? Berikut ini perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.

Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)

Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji coklat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).

White Chocolate (Coklat Putih)

White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.

Milk Chocolate (Coklat Susu)

Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.

Jangan Makan Coklat Sembarangan

Kesilapan yang sering dilakukan ialah membeli coklat yang berharga murah. Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan kakao (biji coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang kurang dari 7%. Coklat jenis ini juga memiliki kandungan gula yang tinggi, kandungan lemak tepu tinggi dan juga kadang-kadang mengandungi kandungan minyak sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes.

Produk coklat lainnya yang juga berbahaya dan buruk untuk kesihatan khususnya yang berupa 'fondant' (biasanya digunakan untuk menghias kek) dan 'praline'. Fondant sebenarnya mengandung 100% pemanis dan praline juga sama kesan negatifnya.

Sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandungan gula yang sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda. Pastikan anda tahu coklat mana yang harus dipilih!

Saturday, March 01, 2014

Kekal cantik dan sihat dengan kopi

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Buah kopi.
Tahukah anda bahawa kopi bukan mampu menyegarkan anda, malah ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai 'balancing astringent'. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama
dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung.

Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan.

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga
kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih
terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi.

Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap
segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

Sumber : tupai.com.my