Wednesday, January 02, 2013

Bantuan persekolahan RM100 mula dibayar 15 Januari ini

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Dr. Mohd Puad Zarkashi.

NILAI - Bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Januari ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu bapa nak guna duit ini nak bayar bayaran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), itu hak mereka... tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal," katanya kepada pemberita, Rabu.

Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Menurutnya, kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.

"Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini," katanya yang ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Benar, SK Sendayan dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dekat sini, sempena hari pertama sesi persekolahan 2013.

Katanya selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.

Sumber BERNAMA 2/01/2013

Sila lihat entri terdahulu - Bantuan Khas Awal Persekolahan

SK Batang Benar


SK Sendayan


0 comments:

Post a Comment