Thursday, September 27, 2012

Kurikulum baru mulai 2016

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum. Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

(Sumber Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025)

80 peratus guru amal budaya penyayang di sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak Februari lalu.

Kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru di sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka. Peratusan tersebut bukanlah bermakna bilangan guru selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya budaya tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.

"Kami berharap peratusan itu akan meningkat dengan kesemua guru di negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana ia merupakan aset dan sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru," jelas Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman.

(Sumber Utusan Online - 27/09/2012)

Instrumen bersepadu dibangun

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Bagi menjamin Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 mencapai objektif, satu instrumen bersepadu bagi menilai tahap kecekapan pegawai pendidikan sedang dibangunkan sebagai langkah menjayakan usaha kerajaan meningkatkan kualiti profesionalisme guru secara berterusan. Instrumen itu perlu bagi memastikan pelaksanaan gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang bermula pada 2013 hingga 2015 mencapai objektif digariskan.

Instrumen penilaian tersebut akan memberi keutamaan kepada kemahiran serta kualiti profesion perguruan secara keseluruhan. Hasil penilaian instrumen itu nanti, pegawai perkhidmatan pendidikan yang dikenal pasti tidak mencapai tahap kompetensi akan diberi latihan melalui modul latihan bersesuaian mengikut tahap kompetensi pegawai terbabit.

(Sumber Dewan Rakyat 26/09/2012)

Wednesday, September 26, 2012

10,019 sekolah dibekalkan Internet 2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sebanyak 10,019 sekolah kerajaan di seluruh negara akan dibekalkan dengan internet menerusi talian fiber berkelajuan tinggi iaitu empat Megabit sesaat (4 Mbps) yang boleh ditingkatkan ke 20 Mbps menjelang pertengahan 2014 di bawah projek 1BestariNet.

Di bawah projek itu, lebih 600 sekolah lagi di pedalaman akan dibekalkan dengan Very Small Aperture Terminal (VSAT) yang boleh ditingkatkan dari 2 ke 4 Mbps bagi memastikan ia tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran maya.

(Sumber Dewan Rakyat 25/09/2012)

Monday, September 24, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Disamping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.

11 Anjakan Untuk Transformasi Sistem:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Dasar MBMMBI

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Apakah itu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)?
Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Dasar 1 Murid 1 Sukan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Saturday, September 22, 2012

Frog VLE

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Frog VLE - Selamat Datang ke 1BestariNet

Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment  - VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.

Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

Penyelesaian Bersepadu

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Penyelesaian Bersepadu
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?
Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan
pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

Sumber: http://1bestarinet.net/

Aktiviti Perkhemahan PPKI

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Aktiviti tersebut telah dijalankan pada Jumaat 21/09/2012 hingga Sabtu 22/09/2012. Bertempat di padang sekolah. Walaupun dilanda beberapa halangan seperti hujan lebat, angin ribut, aktiviti tersebut tetap berjalan dengan jayanya.

Antara aktiviti yang menarik adalah menangkap arnab. Sebanyak empat ekor arnab telah dapat ditangkap, seterusnya disembelih dan dipanggang untuk dimakan bersama-sama.
Aktiviti perkhemahan PPKI tersebut telah di tutup dengan rasminya oleh Guru Besar sendiri. Semoga berjumpa lagi di aktiviti dan program yang lebih menarik di masa hadapan.

Thursday, September 20, 2012

Cara buat Blog

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Anda boleh membina blog sendiri dengan mendaftar di www.blogger.com.
Ada banyak portal atau video yang menunjukkan cara membina blog.
Sebagai contoh, sila lihat video:


(Diposkan oleh individu lain di Youtube)

Linux Puppy

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pada 19 September 2012, pertama kalinya menggunakan Linux Puppy. Hebat juga. OS ini tidak memerlukan cakera keras, cukup hanya ada pemacu cd atau melalui pendrive. Sangat baik digunakan pada komputer lama. RAM yang diperlukan hanya minima sahaja.

Linux Puppy memuatkan semua aturcara ke RAM, menyebabkan proses menjadi sangat cepat. Aplikasi dapat dilancar dengan pantas. Boleh membuat capaian Internet dengan mudah. Tidak kira jika guna wifi atau kabel. Jika capai internet dengan kabel UTP, cucuk saja terus dapat. Tak payah ubah apa-apa setting.

Hello World

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Hello World.

Hari ini dan semalam belajar buat blog.

Sekolah Ganti

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jangan lupa, sekolah ganti pada Sabtu 22 September 2012.

Mesyuarat KWAPM

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Mesyuarat pemilihan KWAPM telah diadakan pada Jumaat 21 September 2012 jam 9.00 pagi di Pusat Sumber sekolah.