Saturday, December 08, 2012

Kesedaran terhadap sindrom bayi tergoncang masih lagi kurang, kata pakar

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Kurang kesedaran kalangan ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak tentang cara menjaga bayi telah mengakibatkan bilangan kes sindrom bayi tergoncang (SBS) kian bertambah sejak tiga tahun lalu, kata seorang pakar di sini Jumaat.

Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Joseph Vijaya Alagaratnam berkata jumlah kes SBS yang memerlukan rawatan virektomi di hospital itu meningkat dari 16 kes tahun ini berbanding tahun lepas hanya sembilan kes manakala pada 2010 lima kes.

"Melihat pada aliran peningkatan kes ini, ibu bapa perlu lebih menyedari dan berhati-hati memilih pengasuh anak di segi latihan yang mereka peroleh tentang penjagaan bayi, pengalaman dan peribadi bagi mengelak terjadinya kejadian SBS," katanya kepada pemberita.

Menurut Dr Joseph, ibu bapa dan pengasuh yang kurang pengetahun tentang cara memegang bayi yang lembut dan mudah patah atau tidak tahan berdepan bayi menangis boleh menyebabkan cedera dan bengkak pada otak, memberi tekanan dan bayi mengalami pendarahan.

"Menggoncang bayi atau budak kecil dengan kuat juga boleh menyebabkan cedera seperti merosakkan leher, tulang belakang dan mata kerana bayi mempunyai kepala yang berat dan otot tengkok mereka masih lembut, kepala dan tengkok mereka juga tidak dapat dikawal," katanya.

Sumber BERNAMA 8/12/2012

0 comments:

Post a Comment