KUCHING - Kehadiran kucing teluk Borneo (Pardofelis badia), antara spesies kucing yang paling jarang dan sukar ditemui di dunia, berjaya dirakam di Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sela'an Linau, sebuah kawasan pembalakan di Hulu Baram, Sarawak.

Imej haiwan itu diperoleh para penyelidik daripada Hose's Civet and Small Carnivore Project, Borneo (HOSCAP Borneo), sebuah projek pemuliharaan berasaskan penyelidikan di bawah Institut Pemuliharaan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBEC), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Pengarah IBEC, Prof Dr Andrew Alek Tuen berkata rekod berkaitan kucing teluk itu menunjukkan FMU Sela'an Linau FMU, khususnya banjaran gunung Murud Kecil, merupakan kawasan penting bagi hidupan liar.
Di Sarawak, kehadiran kucing teluk Borneo sebelum ini hanya dirakam di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Taman Negara Pulong Tau dan tahun lepas di Unit pengurusan Hutan Anap Muput.

Sumber BERNAMA 20/11/2012
0 comments:
Post a Comment