Wednesday, September 23, 2015

Pulau mudah alih untuk bilionair

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

LONDON– Sebuah syarikat merancang membina pulau mudah alih khusus untuk golongan bilionair yang lengkap dengan kemudahan rumah berserambi, air terjun dan tapak pendaratan helikopter.

Menurut Pengarah Urusan, Migaloo Private Submersible Yachts, Christian Gumpold, spesifikasi sebenar reka bentuk pulau tersebut terpulang kepada permintaan pelanggan.

“Kami kini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pelanggan yang berminat dengan projek ini. Kami bangunkan dulu reka bentuk konsep sebelum membina mengikut permintaan mereka,” katanya.

Katanya, pulau mudah alih dikenali sebagai Kokomo Ailand itu boleh digerakkan ke lokasi tertentu itu dan sesuai dijadikan sebagai hotel kelas mewah, pejabat operasi syarikat dan kasino.

Pemilik pulau tersebut bukan sahaja boleh menikmati pemandangan 360 darjah di rumah berserambi tetapi juga memiliki kemudahan tangga bergerak setinggi 80 meter.

Selain itu, penghuninya turut disediakan kemudahan termasuk spa, gim, salon kecantikan, tempat minum dan kolam renang serta dikelilingi taman dan pokok-pokok kelapa. – AGENSI

Sumber: Dailymail









Tuesday, September 01, 2015

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Gabungan Empat Buah Sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Gabungan Empat Buah Sekolah iaitu SK Jeram, SK Jeram Batu 20, SRA Jeram dan SRA Jeram Batu 20.

Majlis ini diadakan pada hari Khamis 3 September 2015, mulai jam 6:30 petang hingga 10:00 malam di Masjid Ar Ridhuan, Pekan Jeram sempena Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Nazir, Pegawai dan AJK Masjid Ar Ridhuan, Pekan Jeram.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada calon-calon yang akan menduduki UPSR dan PSRA nanti. In Sha Alla. Aamiin.