Friday, November 20, 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Khamis 19 November 2015 bersamaan 7 Safar 1437 Hijrah.

Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah. Sejak dahulu lagi, pelbagai anugerah kecemerlangan murid telah diwujudkan dan disampaikan bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada murid-murid sekalian untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam pelbagai bidang. Ia juga mendorong semua murid untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pengiktirafan kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.

Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid sekaligus menanamkan semangat berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan dalam pelbagai bidang terutamanya akademik dan kokurikulum.

Objektif Penganugerahan

1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan.

2. Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan murid-murid untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

3. Memberikan galakan dan dorongan kepada murid-murid untuk menyertai secara aktif aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun Negara, dan

4. Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri murid-murid supaya cemerlang dalam bidang akademik, persatuan, kelab dan permainan di sekolah dengan berfikiran kreatif dan inovatif.

Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR yang lalu dan juga berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.

0 comments:

Post a Comment