Wednesday, April 30, 2014

Manfaat kopi yang perlu kita tahu

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kopi.
Perkara pertama yang akan terbayang kopi, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secawan kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya.

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai 'balancing astringent'. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Pelbagai jenis kopi.
Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan.

Buah kopi.
Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula,rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi.

Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

Sumber: tupai.my

Wednesday, April 23, 2014

Makanan yang boleh kawal penyakit

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pelbagai jenis bahan makanan.
Rakyat Malaysia sememangnya sangat sukakan makanan. Tambahan pula negara kita ini merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berikutan terdapat pelbagai bangsa dan kaum serta budaya.

Asparagus.
Berikutan itulah kadang-kala agak sukar bagi anda untuk mengawal nafsu makan sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit seperti diabetis, kegemukan, darah tinggi dan juga sakit jantung.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa
jenis makanan dapat membantu anda dalam mengawal selera makan anda.

Bawang.
Asparagus
Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.

Bawang
Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Pelbagai jenis cendawan.
Cendawan
Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

Oat.
Oat
Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

Pisang
Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain
Pisang.
menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

Memang tidak dinafikan pengambilan nasi putih membuatkan selera bertambah lebih-lebih lagi jika terdapat lauk yang kena dengan selera anda.

Melatih diri mengambil makanan di atas membantu anda lebih cepat kenyang dan bertenaga selain menolak makanan tinggi karbohidrat, tinggi gula dan lemak yang sering menjadi punca anda mudah dijangkiti penyakit.

Sumber: Tupai.my

Friday, April 18, 2014

Kecoh: Video kereta berhantu muncul di lampu isyarat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial.

Rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini menunjukkan kejadian di jalanraya Rusia di mana sebuah kereta tiba-tiba muncul secara misteri lalu meluncur laju secara terus di persimpangan lampu isyarat yang sibuk.

Apa yang menakjubkan, tidak ada kereta yang terlanggar kereta tersebut sedangkan ia berada di laluan yang salah kecuali sebuah BMW yang hampir merempuhnya namun berhenti tepat pada masa.

Wanita yang merakam iaitu penumpang kereta di belakang BMW tersebut dapat didengar menjerit ketakutan melihat perkara ini.

Walaupun ada yang mendakwa ada penjelasan bagaimana kenderaan dalam rakaman ini tiba-tiba muncul namun ramai juga mengakui terkejut dan berasa seram menyaksikannya lalu berkongsi video ini hingga ia mendapat tontonan lebih sejuta kali.

Sesudah menyaksikan video di atas dapatkah anda fikirkan dari mana kereta misteri itu datang?

Sumber: 9 News  |  Daily Mail  |  news.com.au  |  Top Gear

Monday, April 14, 2014

Jenis makanan untuk kurangkan tekanan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Lemak ikan.
Gangguan tekanan atau masalah kebimbangan adakalanya memerlukan rawatan doktor atau psikoterapi.

Namun ia tidak bermakna sedikit perubahan dalam gaya hidup tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Isi Salmon.
Pengamalan diet seimbang serta rutin senaman harian sebenarnya mampu mengubah emosi serta kesihatan diri.

Oleh itu kami sertakan beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh membantu untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Isi Tuna.
Lemak Ikan

Dalam satu kajian dari Universiti Negeri Ohio, para pelajar yang diberikan pil suplemen lemak asid omega-3 menyaksikan pengurangan tekanan sebanyak 20 peratus berbanding dengan pelajar yang diberikan pil placebo. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna anda perlu berhabis wang membeli pil suplemen, sebaliknya menambah pengambilan omega-3 dalam diet anda. Antaranya seperti ikan salmon, tuna, sardin dan sebagainya.

Teh Hijau
Teh Hijau.

Selain daripada teh kamomil, teh hijau juga kaya dengan asid amino yang dipanggil L-theanine yang dilaporkan mampu memberi kesan tenang secara umum. Dalam satu kajian, pengambilan L-theanine sebanyak 200 miligram menyaksikan pelajar yang mempunyai masalah kebimbangan mampu kekal tenang. Ia bukan sahaja memberi ketenangan, malah baik untuk kesihatan dan diet anda.

Bunga Teh Kamomil.
Teh Kamomil

Keberkesanan teh kamomil dalam pemulihan semulajadi sememangnya diketahui sejak dari dulu lagi. Dalam satu kajian pada tahun 2009, masalah tekanan yang tidak serius boleh dikurangkan atau dirawat dengan pengambilan teh kamomil.
Telur.

Telur

Otak kita memerlukan vitamin B untuk beroperasi secara optimal. Apabila kita kekurangan vitamin B, kita mungkin akan berhadapan dengan masalah kekeliruan, kebimbangan dan sebagainya. Oleh itu
pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B seperti daging, buah-buah sitrus dan semestinya telur.

By Hana Ahmad | Tupai

Sunday, April 06, 2014

Kapal Ocean Shield kesan isyarat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ocean Shield.
PERTH, 6 April (Bernama) -- Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Angus Houston.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.

HMS Echo.
Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam
Ocean Shield.
setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.

Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sumber BERNAMA 6/04/201

MH370: Kapal China kesan isyarat detik di Lautan Hindi - Xinhua

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kapal peronda Haixun 01.
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu.

Agensi berita China, Xinhua, dalam berita dalam talian, xinhua.com, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.

"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.

"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.

Pesawat itu meramkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.

"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.

Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.

Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang.

Sumber BERNAMA 5/04/2014 : Xinhuanet