Monday, September 30, 2013

Selamat menjalani peperiksaan PMR atau SPM

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kepada semua calon-calon PMR dan SPM, selamat menjalani peperiksaan PMR atau SPM.

"Ya Allah, kurniakanlah ketenangan kepada anak-anak kami yang mengambil Peperiksaan, walau di mana mereka berada. Semoga mencapai kejayaan cemerlang. Semua A!"

Ikhlas daripada Guru Besar dan seluruh warga SK Jeram Batu 20, Jeram. Selangor.

Jadual Waktu Peperiksaan PMR  |  Jadual Waktu Peperiksaan SPM

Sunday, September 29, 2013

Video jaguar lawan buaya, siapa lebih hebat dari National Geographic

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jaguar lawan buaya.
Buaya adalah pemangsa (predator) terkuat di air tawar. Duduk, tidur dan ketika menyerang mangsanya, sukar terlepas dari gigitannya. Informasi terbaru dari Nat Geo menampilkan buaya tidak sekuat yang kita bayangkan.

Seperti video di bawah ini yang dirakam oleh ahli pasukan Nat Geo, jaguar sedang memerhatikan buaya yang sedang berjemur. Lalu si jaguar mulai mendekat, berenang, semakin dekat dan terus menerkam. Apa yang dilakukan, jaguar mengigit tepat di bahagian leher buaya ukuran sederhana. Tidak perlu perkelahian, jaguar lebih pintar dan memilih menyerang dari belakang. Video diambil di alam semulajadi negara Brazil.

Sumber : National Geographic

Monday, September 23, 2013

Kemeriahan jualan model iPhone terbaru, 5C dan 5S di seluruh dunia

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

iPhone 5S.
Tokyo, 20 September 2013 : Peminat produk Apple di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan model iPhone terbaru, iaitu iPhone 5C dan 5S selepas ia mula dijual kepada umum, awal pagi. Di Tokyo, peminat fanatik telefon pintar itu mula beratur minggu lalu walaupun Jepun dilanda ribut taufan, bagi membolehkan mereka antara terawal mendapatkan model terbaru itu. Media tempatan melaporkan, orang ramai beratur sepanjang satu kilometer pada waktu pembukaan stor.

Di Australia, orang ramai mula beratur sejak semalam, walaupun stor jualan hanya dibuka seawal jam 8 pagi.

Dua model iPhone itu mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura hari ini.

Model iPhone 5C dijual serendah AS$99 (RM324) dan didatangkan dengan beberapa warna pilihan iaitu biru, hijau, merah muda, kuning dan putih. Manakala iPhone 5S dijual serendah AS$199 (RM652) dengan pilihan warna putih, hitam dan emas. - AFP

Ikuti rakaman kemeriahan jualan iPhone terbaharu di seluruh dunia.

Beijing.
Hong Kong.
Hong Kong.
London.
London.
London.
New York.
New York.
Oberhausen, Jerman.
Oberhausen, Jerman.
Paris.
Sydney, Australia.
Tokyo.
Tokyo.

Friday, September 20, 2013

Khutbah Jumaat : Menyahut Seruan Haji

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita ke hadrat Allah SWT dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Semoga Allah SWT akan memberikan kepada kita kemudahan dan keberkatan dalam menyelusuri kehidupan di dunia dan di akhirat.

Pada saat ini, jutaan umat Islam sedang berkumpul di sekitar Baitullah al-Haram, Makkah, untuk memenuhi panggilan Allah, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Hajj ayat 27;
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan-Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus (kerana lamanya perjalanan), yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”.

Haji adalah salah satu daripada rukun Islam. Ia merupakan sendi-sendi Islam yang terkuat. Diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan melaksanakan ibadah haji itu, akan sempurnalah Islam seseorang dan lengkaplah agamanya.

Umat Islam datang sebagai tetamu Allah untuk menyahut seruan Allah dengan satu ikrar iaitu;
“Ya Tuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu! YaTuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Sesungguhnya segala kepujian dan nikmat bagi-Mu sahaja, dan kerajaan sebenarnya milik-Mu juga, tiada sekutu bagi-Mu (tiada Tuhan yang lain daripada-Mu)”.

Membaca talbiah dengan hati yang ikhlas dan penuh khusyuk, akan mendapat berita gembira iaitu syurga Allah.

Sesungguhnya ibadah dalam Islam ada yang bersifat badaniyah, iaitu ibadah yang menitikberatkan pada kekuatan fizikal seperti solat dan puasa. Ada yang bersifat qalbiyah, iaitu ibadah yang pengamalannya pada hati, seperti zikir serta ada pula ibadah yang bersifat maliyah iaitu dengan wang seperti zakat, infaq dan sedekah.

Adapun ibadah haji adalah gabungan ketiga-tiganya iaitu badaniyah, qalbiyah dan maliyah. Badan ikut melaksanakan, hati ikut berperanan dan hartapun ikut menentukan. Ketiga-tiganya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan.

Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Terpilih mendapat peluang ke Tanah Suci merupakan satu nikmat dan kejayaan dalam kehidupan seseorang hamba di sisi Allah.

Ibadah haji mentarbiyyah atau mendidik seseorang itu bermujahadah dengan mengeluarkan belanja yang besar, tekad yang kuat dan azam yang mendalam. Mereka mesti rela meninggalkan tanah air, keluarga yang dicintai, kesibukan kerja yang sukar ditinggalkan, menghadapi udara terlalu panas atau sejuk, dan makan minum yang terkadang tidak sesuai dengan selera. Namun, kerana panggilan Allah, mereka tetap menempuhinya dengan tabah, sehingga dengan begitu tahap keimannya menjadi semakin kukuh dan kuat.

Perjalanan ibadah haji menuntut bekalan yang cukup, dan persiapan yang sempurna. Selain daripada ilmu pengetahuan, maka perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut;

Pertama : Ketika hendak melangkahkan kaki meninggalkan rumah dan kampung halaman menuju ke Tanah Suci, hendaklah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Niat inilah yang akan membezakan apakah seseorang yang berangkat menunaikan haji benar-benar untuk memenuhi panggilan Allah, atau sekadar pergi bersukaria. Niat menjadi dasar utama, baik dalam ibadah haji mahupun ibadah-ibadah lainnya. Jika niat dan azamnya tidak kuat, maka ibadahnya pun tidak akan sampai ke puncak kesempurnaan.

Hadis daripada Abu Hafs Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Sesungguhnya setiap perbuatan itu ditentukan dengan niatnya”. (Riwayat Bukhari)

Kedua : Ketika sampai di tempat yang dituju, hendaklah memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik-baiknya. Pergunakanlah seberapa banyak masa untuk beribadah, memastikan rukun dan wajib dipatuhi serta berdoa di tempat-tempat yang mustajab, InsyaAllah doa akan dimakbulkan Allah. Perbanyakanlah ibadah sunat seperti tawaf, solat, iktikaf, membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar di dalam Masjidil Haram. Ini adalah kerana satu rakaat solat di Masjidil Haram sama nilainya dengan 100,000 rakaat di masjid-masjid lainnya dan solat di masjid Nabi lebih utama daripada 1,000 rakaat di masjid-masjid lainnya.

Ketiga : Tanah Suci Mekah dikatakan seumpama taman mini akhirat. Ungkapan itu mengandungi erti bahawa ketika di sana, seseorang mesti jujur pada diri sendiri. Apabila menemui kesulitan, jangan sampai menyalahkan orang lain. Sebaliknya, hendaklah mengembalikan kesulitan yang dihadapi itu pada diri sendiri. Ia hendaklah mencari sebab kesulitan itu pada dirinya sendiri. Oleh sebab itu, setiap perkataan dan perbuatan hendaklah dijaga dan dikawal supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Keempat : Ketika kita bersama-sama dengan jemaah umat Islam di sana, janganlah mempersoalkan amalan orang lain. Di sana, kita akan lihat pelbagai cara pelaksanaan amalan solat yang dilakukan berdasarkan ikutan mazhab atau aliran yang mereka anuti. Oleh itu, kita janganlah mempertikaikan perbezaan amalan yang dilakukan oleh orang-orang lain.

Kelima : Ibadah haji merupakan ibadah yang mencabar. Oleh sebab itu, orang yang hendak menunaikan haji perlu mempersiapkan diri dengan penuh kesabaran. Dalam konteks kesabaran ini ada tiga hal yang dihadapi iaitu;
i. Sabar dalam menjalankan perintah dan ketaatan,
ii. Sabar di dalam meninggalkan kemaksiatan dan larangan,
iii. Sabar di kala menghadapi musibah dan cubaan.

Diperingkat awal kita akan diuji dengan mengorbankan segala kesenangan serta kegiatan biasa. Namun, hati tetap sabar tanpa rasa menyesal dan hendaklah menganggap setiap kesulitan yang dihadapi adalah sebagai sunnatullah. Duka dan gembira, susah dan senang akan silih berganti.

Ibadah haji itu dapat membentuk manusia bersifat amanah, ikhlas, jujur dan bertanggungjawab serta melahirkan manusia yang tawadduk atau rendah diri dan terhindar jauh daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti takabbur, riak, sombong dan khianat. Apatahlagi di waktu menunaikan ibadah haji, tidak boleh berbuat kekacauan dan kefasikan. Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Barangsiapa yang menunaikan haji kerana Allah, lalu tidak bercakap kotor dan tidak berbuat jahat, maka dia keluar daripada dosadosanya, seperti hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya atau seperti keluar daripada perut ibunya”.
(Riwayat Ahmad)

Ibadah haji yang dikerjakan itu banyak mengandungi rahsia dan hikmah disebaliknya, antaranya adalah:-
1. Memakai kain ihram
Ini adalah simbol persamaan manusia di sisi Allah SWT. Tidak ada saudagar kaya-raya, tidak ada kaum bangsawan yang tinggi pangkatnya dan tidak ada pula hamba abdi yang dianggap hina. Dengan pakaian putih itu, semoga hilanglah darjat orang yang selalu merasa dirinya tinggi, jatuhlah martabat orang yang merasa dirinya mulia, runtuhlah keangkuhan dan kesombongan seseorang.

2. Wukuf di Arafah
Iaitu pada 9 Zulhijjah, mengingatkan kita kepada satu peristiwa ketika dikumpulkan para makhluk di Padang Masyar pada hari kiamat, semua manusia risau dan sangat khuatir, apakah amalan yang mereka lakukan di dunia diterima atau ditolak oleh Allah SWT.

Dengan mengingati hal ini, hati pun tetap merendah diri dan sangat mengharap belas kasihan Allah SWT. Tidak seperti sesetengah umat Islam yang berbuat amal hanya sedikit, tetapi sudah berani mendakwa dirinya mendapat pahala yang besar, mereka menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain. Malah ada yang lebih berani dengan mendakwa dirinya pasti masuk syurga. Sikap seperti ini adalah simbol seorang manusia yang angkuh dan dikuasai dengan keangkuhan yang ditiupkan oleh iblis laknatullah.

Kita mengharapkan semoga semua saudara kita yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini akan memperoleh haji yang mabrur. Oleh itu, mereka hendaklah membetulkan niat sebelum melangkah ke Tanah Suci. Bersabar menghadapi situasi di sana. Mengambil kesempatan melakukan sebanyak mungkin amalan fardu dan sunat sepenuh masa. Pastikan diri tidak melakukan maksiat dan dosa. Segala anggota hendaklah diawasi seperti mata, mulut dan anggota badan yang lain.

Umat Islam yang melaksanakan ibadah haji secara bersungguhsungguh akan merasa sangat terharu dan rindu untuk dapat kembali lagi ke Tanah Suci, bahkan ada yang berharap dapat mati di sana. Kepada kita yang belum menunaikan fardhu Haji, maka;
1. Berniat dan berazamlah untuk menunaikan fardhu Haji dengan segera.
2. Berusaha untuk menyimpan wang yang mencukupi dan mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah haji.
3. Berusahalah menunaikannya dalam usia yang masih muda.
4. Berusaha mempelajari ilmu yang berkaitan amalan haji supaya mendapat haji yang mabrur.

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklumi. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu pada bulan-bulan tersebut, maka tidak boleh mencampuri isteri (bersetubuh) dan tidak boleh membuat maksiat serta tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadah haji. Apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan berbekallah dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaikbaik bekal itu ialah taqwa (memelihara diri daripada keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir serta memahaminya)”.
(Al-Baqarah: 197)

Cegah masalah mulut & nafas berbau

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Anda sedang berbual dengan seseorang dan kelihatannya seperti dia cuba untuk menjauhkan wajahnya dari anda. Si dia juga mempamerkan wajah seolah-olah dia kurang selesa tetapi lebih teruk lagi jika dia terus menutup mulutnya sepanjang tempoh perbualan berlaku.

Situasi kurang menyenangkan ini mungkin atau tidak pernah anda alami tetapi bagi seseorang yang menghadapi masalah mulut dan nafas berbau, perkara ini mungkin mengganggu aktiviti sosial dan
menjejaskan penampilan diri.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang berkerjaya dan perlu sentiasa berhadapan dengan individu-individu tertentu. Sememangnya ia menjejaskan kualiti kerja dalam konteks perhubungan sama ada secara profesional atau tidak.

Jangan risau! Anda boleh mengatasi masalah ini dengan petua-petua tradisional berikut yang bukan sahaja mudah dan murah malah diperakui keberkesanannya jika diamalkan selalu.

Sirih.
Sirih
Sirih juga merupakan antiseptik semulajadi yang cukup terkenal dan digunakan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita. Anda hanya perlu membersihkan daunnya dahulu kemudian direbus dalam anggaran satu setengah gelas air. Biarkan air rebusan sirih menjadi sejuk dan boleh digunakan untuk berkumur selepas selesai menggosok gigi. Selain dari itu, anda juga boleh merendamkan beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5
minit dan minum air tersebut.
Serai wangi.

Serai Wangi & Kulit Limau Kasturi
Serai wangi dan kulit limau kasturi sememangnya terbukti merupakan bahan alam semulajadi yang menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan. Ambil tiga batang serai wangi dan tiga biji kulit limau kasturi lalu tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga tiga per empat tinggi periuk itu dan kemudian jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis
Limau kasturi.
dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Daun Jambu Batu
Jambu batu.
Selain buah jambu batu yang enak dimakan, daunnya juga memberi manfaat yang berguna. Ambil lebih kurang lima belas helai daun jambu batu yang muda dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu masukkan daun yang telah lumat itu ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau.
Tapis air tersebut dan digunakan untuk berkumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Cengkih
Cengkih.
Jangan ingat bunga cengkih hanya untuk memasak kari dan rendang. Ia juga boleh mengubati mulut dan nafas berbau. Rebuskan tiga atau lima kuntum bunga cengkih dalam air yang secukupnya atau anda juga boleh merendamkannya ke dalam segelas air suam selama 5 minit. Seperti biasa, air rebusan yang telah sejuk digunakan untuk berkumur dan amalkan di waktu pagi dan petang.

Kulit Kayu Manis
Seperti bunga cengkih, kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan bakteria punca masalah nafas berbau. Anda hanya perlu mengunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Setelah menelan airnya, buang hampas tersebut dan amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari membantu anda mengurangkan kehadiran sekurang-kurangnya 50% bakteria punca nafas berbau berbanding orang yang tidak menghisapnya.
Bunga lawang.

Bunga Lawang
Teh hijau.
Bunga lawang mengandungi sebatian bersifat antibakteria dan antikulat. Ia turut mengandungi linalool yang bersifat antioksida dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Bunga lawang boleh direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama 5 minit. Minum air yang telah disejukkan atau anda juga boleh berkumur dengannya. Seperti biasa, amalkan 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Jika anda mahukan cara yang lebih senang, kunyah sahaja bunga lawang tersebut. Cara ini lebih mudah dan cepat.
Daun pudina.

Teh Hijau & Daun Pudina
Teh hijau dan daun pudina terbukti menghasilkan aroma yang harum dan menyenangkan. Daun pudina juga merupakan bahan semulajadi utama yang selalu digunakan dalam semua produk ubat gigi di seluruh dunia. Dengan minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu anda mengatasi masalah nafas berbau.

Thursday, September 19, 2013

Jambatan Gateshead Millennium boleh diangkat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jambatan Gateshead Millennium berdiri di atas sungai Tyne England. Memiliki bentuk parabola atau lintasannya berbelok di atas sungai. Tapi bukan bentuk melengkung yang menarik dari rekabentuk jambatan ini. Rancangan jambatan boleh di angkat ke atas bila ada kapal hendak lalu.

Jambatan Gateshead Millennium dengan nilai pembinaan £17.7 juta (RM92,014,070!). Memiliki panjang 105 meter, satu sisi untuk pengangkat dan sisi lain dari jambatan utama.  Orang di sana menggelarkannya jambatan kerdipan mata kerana bentuknya seolah mata yang berkelip. Mengunakan pengangkat motor 55kw dan 6 hidrolik berukuran 45cm. Bahagian bawah jambatan boleh dinaikkan sehingga 40 darjah dalam masa 4 setengah minit.

Rancangan jambatan dari arkitek Wilkinson Eyre sudah dibuka sejak 17 September 2001 lalu. Jambatan hanya digunakan untuk orang berjalan kaki menyeberang atau pengguna basikal saja.

Di bawah ini rekabentuk jambatan dan proses pengangkatan jambatan dari atas sungai.

Sumber :  NewcastleGateshead  |  Wilkinson Eyre







Lihat Peta yang Lebih Besar

Wednesday, September 18, 2013

Rumah tepi pantai

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Home At The Shore from Jack Fusco on Vimeo.

Rumah di pantai, sebuah 'Timelapse' tepi pantai yang menakjubkan dari astrophotographer Jack Fusco. Perjalanan ke beberapa pantai New Jersey yang paling cantik. Sila lihat video ...

"Selepas 10 bulan, lebih daripada 40 jam rakaman, dan lebih 5,000 gambar yang diambil, saya berbangga untuk membentangkan video 'Timelapse' pertama saya, 'Home At The Shore'. Sila klik butang bermain dan alami perjalanan ke beberapa pantai yang paling indah di New Jersey dan lokasi tepian pantai dan menonton pergerakan bintang di langit. Saya harap semua orang menikmati pemandangan dan mungkin juga memutuskan mengetepikan waktu malam hanya untuk mengkaji bintang. Percayalah, dunia boleh kelihatan lebih tenang apabila anda merenung ke bintang-bintang dan mendengar ombak menghempas di pantai."

Sumber : Vimeo


Monday, September 16, 2013

Berbuat kebaikan dibayar 30 tahun kemudian

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Filem pendek dengan judul TrueMove H : Giving , dalam bahasa Thailand.

Menceritakan seorang anak kecil yang terpaksa mencuri ubat untuk ibunya. Seorang tukang sup yang meleraikan keadaan menanyakan mengenai ibunya yang sakit. Si anak mengangguk. Si tukang sup yang baik hati bahkan membayarkan wang untuk ubat yang dicuri. Tidak cukup dengan itu, si tukang sup memberikan sebungkus sup untuk si kecil.

30 tahun berlalu, si tukang sup masih sama saja. Selalu memberikan makan kepada pengemis. Sayang, si penjual sup akhirnya jatuh sakit bahkan sampai koma. Anak perempuannya membawa ke rumah sakit. Untuk mengubati ayahnya di rumah sakit, dia harus membayar biaya 792,000 bath (Lebih RM81,000). Bagaimana dia harus membayar? Mata pencarian bersama sang ayah terhenti kerana si ayah sakit? Dia menemui doktor untuk membicarakan masalah pengubatan, akhirnya puteri tukang sup memutuskan untuk menjual rumahnya bagi biaya berubat sang ayah.

Suatu hari si anak tukang sup yang sedang tertidur dan terjaga di katil hospital ayahnya, yang sudah selesai dilakukan pembedahan, melihat sebuah surat tuntutan rumah sakit dan tertulis semua jumlah adalah 0 bath.

Hanya ada pesan di bawahnya, semua biaya sudah dibayar tunai 30 tahun lalu. Bahkan di bawahnya tertulis, dengan 3 ubat penahan sakit (painkiller) dan satu bungkus sup. Mengapa tuntutan rumah sakit malah tertulis sup dan 3 ubat penahan sakit? Si puteri tukang sup mulai mengingat kembali apa yang terjadi 30 tahun lalu. Apakah dia yang pernah ditolong ayahnya ketika masih kecil, dan sekarang sudah menjadi seorang doktor? Tanda-tangan Dr. Prajak Arunthong, doktor yang dulu pernah ditolong ayahnya ketika kecil. Di akhiri dengan beberapa gambar dari orang yang pernah dibantu oleh si doktor.

Kebaikan seseorang tidak dikembalikan esok, lusa, minggu, bulan atau tahun depan. Tapi akan tiba pada waktunya. Inilah seni ala Thailand, sangat kreatif dalam memberi pesan moral. Sangat menyentuh kalbu!

Pesan terakhir, memberi adalah cara komunikasi terbaik.


Filem di atas dikeluarkan untuk iklan True Corporation Public Company Limited (TRUE) yang menangani bidang telekomunikasi, termasuk layanan TV kabel, mobile dan internet dari Thailand.

Friday, September 13, 2013

Selamat menyambut Jubli Emas Hari Malaysia

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Syukurilah nikmat keamanan, kesejahteraan, kerjasama dan perpaduan di bumi Malaysia bertuah.

Kepada semua warganegara Malaysia, marilah sama-sama kita bersatu padu, berganding bahu dan bergerak sederap untuk terus memelihara kedaulatan negara tercinta ini dari tangan-tangan musuh durjana.

Guru Besar dan seluruh warga SK Jeram Batu 20 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50 kepada semua rakyat Malaysia, walau di mana anda berada. "Malaysiaku berdaulat, tanah tumpahnya darahku".

Wednesday, September 11, 2013

Negara paling bahagia bagi penduduk

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Penduduk yang tinggal di sebuah negara tidak lepas dengan rasa bahagia. Tapi angka kebahagiaan berbeza-beza, ada yang relatif senang walau hidup di negara miskin. Mungkin kita pernah keluar rumah dan merasa ada yang kurang selama perjalanan ke sekolah atau ke kampus. Itu salah satu perasaan kurang bahagia yang di alami oleh semua penduduk di dunia. Menurut penelitian Earth.Columbia.Edu.

Dari sumber PBB mengatakan, negara di Eropah Utara menduduki ranking tertinggi untuk kebahagiaan. Denmark, Norway, Finland dan Belanda. Dinilai dari score 1-10, di 4 negara tersebut mendapatkan angka rata-rata 7.6. Tidak semua merasa bahagia di negara maju. Negara di Afrika juga bahagia walau nilainya lebih rendah. Togo, Benin, Sierra Leone menilai kehidupan mereka 3.4. Sedangkan penduduk di sekitar negara tersebut merasa sangat kurang senang dengan keadaan negaranya sendiri.

Amerika hanya menduduki ranking 17, masih di belakang Kanada, Australia, Israel dan Arab Saudi serta Mexico.


Negara kaya bukan bererti bahagia. Tetapi meliputi hal lain dari kebebasan politik, jaringan sosial yang kuat dan tidak ada rasuah sama pentingnya dengan angka kesejahteraan bahkan lebih penting dari pendapatan rata-rata penduduk. Masyarakat sangat mengharapkan mental yang baik, kesihatan yang baik, keamanan kerja dan keluarga yang stabil jauh lebih penting.

Hubungan baik antara kaum salah satu faktor
membahagiakan penduduk Malaysia.
Di bawah ini kebahagiaan yang di dapat oleh masyarakat dari pelbagai faktor. Terpenting dari masyarakat, tidak ada penderitaan yang dibuat akibat pemerintah mereka sendiri. Tingginya angka pengangguran membuat penduduk kurang bahagia. Jaminan bekerja merupakan angka kebahagian bagi masyarakat. Berperilaku yang baik membuat orang lebih bahagia. Untuk mereka yang baru berusia 30 tahun lebih, berusahalah membahagiakan diri sendiri. Rata-rata masyarakat di seluruh dunia, pada usia tersebut memiliki angka kebahagiaan paling rendah.

Kesihatan mental adalah faktor terbesar dari nilai kebahagiaan masyarakat. Tempat kerja yang memuaskan lebih baik dibanding gaji yang besar. Kehidupan keluarga yang stabil dan pernikahan abadi adalah kebahagiaan bagi orang tua dan anak-anak. Di negara maju umumnya wanita lebih bahagia dari lelaki, sedangkan negara miskin keduanya relatif sama.

Penduduk Malaysia cukup bagus dalam kebahagiaan, setidaknya berada di tempat ke 51 antara negara lain yang diteliti. Tidak jauh dibanding penduduk Taiwan dan Jepun, malah mengatasi Thailand dan Korea Selatan. Jadi lebih ramah dengan orang lain akan meningkatkan rasa kebahagiaan bagi semua orang. Sering tersenyum dan mahu membantu orang lain merupakan nilai tambah agar semua orang lebih bahagia. Kekayaan dan pendapatan tinggi bukan jaminan orang merasa bahagia di sebuah negara.

Sumber : CNN  |  Euronews  |  Forbes  |  Huffingtonpost  |  International Business Times  |  IT World  |  Los Angeles Times  |  News Discovery  |  Refinery29  |  The 2012 Legatum Prosperity Index  |  The Independent

Monday, September 09, 2013

478,848 calon duduki Peperiksaan UPSR mulai Selasa. Najib mahu calon UPSR lakukan yang terbaik

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR, 9 Sept - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menduduki peperiksaan itu dapat melakukan yang terbaik.

"Kepada adik-adik yang menjalani UPSR esok, semoga berjaya," kata perdana menteri melalui laman Twitter beliau.

"Buat yang terbaik untuk ibu bapa, guru-guru dan terutamanya untuk diri sendiri," katanya.

Sebanyak 478,848 calon akan menduduki UPSR mulai Selasa hingga Khamis di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

Sumber Bernama 9/09/2013.

Kereta pertama yang masuk ke Nepal pada tahun 1940

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Tanpa jalanraya, kereta hadiah harus
dipikul beramai-ramai untuk sampai
ke ibu negara.
Inilah kereta pertama yang masuk ke dalam Nepal pada tahun 1940.

Pada tahun 1940, Adolf Hitler telah menghadiahkan kereta jenis Mercedes Benz 1938 kepada Raja Nepal. Ini merupakan kereta pertama yang dibawa masuk ke Nepal. Masalahnya, untuk dibawa ke ibu negara, kereta ini tidak dipandu, tetapi diangkat oleh manusia kerana pada masa itu Nepal langsung tiada jalanraya untuk kenderaan. Perjalanan tersebut mengambil masa beberapa hari.

Kereta Mercedes hadiah Hitler.
Raja yang memerintah semasa itu ialah Raja Tribhuvan, datuk kepada Raja Nepal terakhir, Gyanendra, yang digulingkan pada 2008.

Raja Tribhuvan menggunakan kereta tersebut untuk beberapa upacara sehingga meninggal dunia pada tahun 1955.

Autoevolution