Sunday, March 03, 2013

Wabak Influenza A (H1N1)

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO telah melaporkan berlakunya sejenis wabak influenza, juga dikenali sebagai Influenza A H1N1 di beberapa buah negara. Pada 15 Mei 2009, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan kes pertama Influenza A (H1N1) di negara ini.


Terdapat 3 Jenis Virus Influenza iaitu A, B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus Influenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus Influenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus Influenza jenis baru yang berbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik Influenza.

Fakta Mengenai H1N1

Apa itu H1N1?

H’ bermaksud Hemagglutinin protein
N’ bermaksud Neuraminidase protein

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan pengudaraan yang baik…. akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

Cara Virus Ini Tersebar?

Virus Influenza A tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.

Antara Tanda-tanda Penyakit ini:

1. Demam Panas (melebihi 38°C)
2. Batuk, Sakit Kepala
3. Sakit Tekak
4. Sakit Otot/Sendi
5. Sesak Nafas.

Pihak Sekolah diminta mengambil Langkah-langkah yang perlu seperti berikut:

1. Sekolah diminta memantau setiap hari jika terdapat tanda-tanda penyakit Influenza A (H1N1) pada diri pelajar dan warga sekolah seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Jika ada tanda-tanda ini pihak sekolah diminta merujuk segera ke Hospital Kerajaan yang terdekat untuk membuat pemeriksaan secara klinikal.

3. Setelah didapati pelajar/warga sekolah menghidap sakit biasa (bukan SARS), langkah-langkah biasa boleh diambil tetapi sekiranya pelajar/warga sekolah disahkan telah dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1) maka tindakan berikut hendaklah diambil:

a. Merujuk kepada Hospital Kerajaan terdekat untuk tindakan "kuarantin".

b. Hubungi keluarga pelajar/warga sekolah berkenaan.

c. Membantu pihak Hospital mengenalpasti orang-orang yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan.

d. Menutup sekolah selama 10 hari atas nasihat pihak berkuasa kesihatan di daerah dan merujuk kepada Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengarah Pendidikan Negeri berkenaan. Penutupan sekolah hanya boleh dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Laporan lengkap hendaklah dihantar kepada Pengarah Bahagian Sekolah. Walau bagaimanapun cuti ini hendaklah diganti.

Maklumat Tambahan:

Langkah-Langkah Kawalan dan Perlindungan Diri dari Wabak Influenza A (H1N1)

1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk.

2. Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar.

3. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

4. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika dijangkiti Influenza A (H1N1).


5. Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A (H1N1).

6. Elakkan dari melawat/melancong ke negara-negara yang dilaporkan mempunyai kes-kes Influenza A (H1N1).

7. Dapatkan rawatan segera di Hospital sekiranya mempunyai tanda-tanda Influenza A (H1N1).

Sila rujuk sumber:

Jabatan Kesihatan Kelantan - Wabak H1N1 di kalangan pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
JPWPKL - Pemantauan serta tindakan proaktif terhadap penularan wabak Influenza A (H1N1) di sekolah seluruh negara
Kementerian Pelajaran Malaysia - Kenyataan Media KPPM pada 15 April 2010: Situasi semasa Influenza A (H1N1)
Kementerian Pelajaran Malaysia - Langkah-langkah menangani Wabak Influenza A (H1N1)
Kementerian Pelajaran Malaysia - Operasi Wabak
Kementerian Penerangan Malaysia - Influenza A (H1N1)
Kementerian Kesihatan Malaysia - Garis panduan di Klinik Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia - Soalan-soalan lazim
Kementerian Kesihatan Malaysia - Status terkini dan langkah-langkah pencegahan terhadap Influenza bermusim termasuk Influenza A (H1N1)
Panduan Percuma - Penyakit berjangkit, apakah tindakan kita?
Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2009
Universiti Malaysia Pahang - H1N1 - Apa anda perlu tahu?
Wikipedia - Influenza A (H1N1) di Malaysia

0 comments:

Post a Comment