Tuesday, March 12, 2013

1.4 juta penjawat awam dapat kenaikan gaji awal

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Najib memberi ucapan kepada kira-kira 8,000 penjawat
awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam ke-13 di PICC, Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Kira-kira 1.4 juta penjawat awam bakal menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan.

Selain itu, 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat nikmat tambahan apabila pangkat dan gaji mereka mereka akan disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan kenaikan gaji awal itu berkata, setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 bergantung kepada gred gaji mereka.

Beliau berkata, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

“Ini dilakukan bagi menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Sumber Kosmo Online 12/03/2013

0 comments:

Post a Comment