Saturday, February 23, 2013

Jangan terpedaya dengan pihak minta bayaran untuk hantar permohonan BL1M

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Nurul Ain Aliasan, 26 menunjukkan
laman web BL1M semasa
pelancarannya baru-baru ini.
KUCHING, 22 Feb - Pemohon Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di negeri ini diingat agar tidak terjebak dengan taktik sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran tertentu bagi membolehkan permohonan mereka dihantar dan diproses, kata Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata sebelum ini sudah ada laporan di Semenanjung Malaysia berhubung pihak tertentu meminta bayaran perkhidmatan daripada pemohon BL1M yang ingin mengemukakan permohonan mereka.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di sini Jumaat, Fadillah berkata bayaran yang perlu dibuat pemohon BL1M hanyalah sebanyak RM199 berbanding harga biasa iaitu lebih daripada RM350 dalam bentuk wang pos atas nama syarikat MYEG Services Berhad.

"Kita telah diamanahkan untuk membantu, dan kita tidak mengenakan apa-apa bayaran," katanya.

Fadillah, yang juga Ketua Pemuda PBB dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pemohon BL1M di negeri ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui pejabat anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sarawak BN di kawasan masing-masing.

Selain itu, permohonan ini boleh dikemukakan di pejabat MYEG Services Berhad di bandar berdekatan.

Pada 31 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan BL1M khusus untuk membantu memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal dengan kadar lebih murah.

Melalui bantuan itu, mereka boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa iaitu lebih daripada RM350.

Sumber BERNAMA 23/02/2013

Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada peringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan, ujian praktikal dan beberapa lagi.

Pada masa ini kos purata untuk memohon lesen B2 adalah sebanyak RM380.

Objektif Bantuan Lesen 1Malaysia:

1. Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
2. Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
3. Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan yang berhemat.
4. Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
5. Memberi lesen kepada penunggang motorsikal dengan kadar murah diakhiri kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan:

1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 tahun hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013.
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu.
3. Hanya sah untuk lesen kelas B2 sahaja.
4. Sihat tubuh badan.
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad').
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Daftar sekarang sebelum atau pada 1 Mac 2013.

Cara Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M):

1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada pautan link di bawah:

   Pendaftaran BL1M atas talian atau

   http://www.bl1m.my/

Jika menghadapi kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M, anda boleh guna MyEG sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik Laman MyEG

2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motorsikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara berkomputer, latihan, ujian praktikal dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment