Wednesday, January 02, 2013

Jangan biar anak tidak belajar di rumah - Ali Rustam

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Mohd Ali Rustam.
MELAKA - Ibu bapa perlu proaktif memantau pembelajaran anak semasa di rumah jika mahu mereka menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau menasihati ibu bapa tidak membiarkan guru sahaja mendidik anak, sebaliknya mereka perlu sokong dan datang ke sekolah untuk libatkan diri dalam kegiatan seperti sukaneka atau aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

SK Dato Demang Hussin.
"Bila anak-anak habis sekolah kena tanya apa dia belajar di sekolah, kena 'check' kerja sekolah dia, jangan biar sahaja anak kita main sahaja tak belajar di rumah," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kira-kira sejam di Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin, Bukit Katil di sini bagi meninjau sesi baharu persekolahan di sekolah itu.

Kira-kira 200 pelajar tahun satu memulakan persekolahan mereka di sekolah itu hari ini.

Sumber BERNAMA 2/01/2013

0 comments:

Post a Comment