![]() |
Keluarga Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun. |
Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka.

Anak lelaki Leonel Leandro berkata, dia terkejut apabila mendapati Manuela berada dalam sebuah kotak di bilik berkenaan, tetapi ia hanya disedari sejurus sebelum kotak berkenaan dibuang.

Adik Leandro, Lenita, berkata kura-kura itu hadiah untuknya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, Leonel tidak suka membuang barangan elektrik yang dirasakan boleh dibaiki. “Jika bapa terjumpa televisyen rosak dan dia berasa boleh diperbaiki, bapa akan menyimpannya di dalam bilik.

“Lama-kelamaan, bilik itu penuh dengan barangan elektrik dan kami tidak berani masuk ke situ,” katanya.
Mengenai penemuan Manuela itu, Lenita berkata, mereka sekeluarga sangat gembira apabila bertemu semula dengan kura-kura berkenaan.

“Jika di hutan, ia boleh makan buah-buahan, daun, bangkai haiwan atau najis,” katanya.
Mengenai Manuela, Pires berkata, ia mungkin terselamat kerana makan anai-anai di lantai kayu rumah berkenaan. - Daily Mail
Sumber MyMetro 27/01/2013
Breaking News | Daily Mail | Frrole | MSN News | The Independent | The Sun | The Telegraph
0 comments:
Post a Comment