Monday, December 03, 2012

Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kincir air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat
tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia.
BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.

Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.

Majlis tempatan di Zarozje, Serbia memberi amaran
kepada penduduk kampung seperti Milka Prokic, gambar,
untuk menyimpan bawang putih dan kayu runcing.
Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.

"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.

"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.

Berjaga-jaga: Datuk Bandar Bajina Basta menasihatkan
semua penduduk kampung untuk meletakkan bawang
putih pada pintu dan tingkap rumah untuk melindungi
diri daripada puntianak kerana mereka tidak
tahan dengan baunya yang kuat.
Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.

Kincir air itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.

Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.

Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.

Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.

Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.

Bawang putih.
Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.

Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.

"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. - Agensi

Sumber Kosmo! Online 3/12/2012

Catholic Online  |  News Register  |  Upi.com  |  Disclose.TV  |  ABC News1  |  ABC News2  |  Daily Motion  |  Daily News  |  Examiner.com  |  Digital Spy  |  Daily Mail  |  IO9.com  |  The Telegraph  |  The Week

0 comments:

Post a Comment