Tuesday, December 11, 2012

Malaysia tingkat kerjasama dengan negara luar tangani 'Spam' - Rais

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

DUBAI - Malaysia sentiasa berusaha membina rangkaian jaringan persahabatan dengan negara-negara luar yang berpengaruh bagi tujuan meningkatkan kerjasama dalam menangani masalah berkaitan 'spam', kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kerjasama itu penting kerana ia membabitkan soal keselamatan serta integriti jaringan telekomunikasi.

'Spam' merujuk kepada kandungan tidak diundang yang menceroboh bahan yang terdapat dalam jaringan Internet, yang mengakibatkan bahan-bahan dalam jaringan yang dicabuli itu tergendala.

Beliau berkata data menunjukkan bahawa ketika ini lebih 183 bilion kandungan menceroboh bahan-bahan dalam jaringan Internet di seluruh dunia setiap hari, dan selagi masyarakat dunia tidak memberi perhatian serius kepada masalah itu, selagi itulah masalah kekacauan dalam jaringan Internet akan terus berlaku.

Sumber BERNAMA 11/12/2012

0 comments:

Post a Comment