Sunday, December 30, 2012

JPN Kelantan putuskan pada Isnin status sekolah terlibat banjir

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Hussain Awang.
KOTA BAHARU - Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan akan memutuskan pada Isnin ini mengenai kedudukan sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir, kata Pengarahnya Hussain Awang.

"Isnin ini akan kita putuskan sama ada sekolah yang terlibat akan dibuka pada Selasa ini atau sebaliknya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini di Tumpat, empat sekolah masih digenangi air manakala tiga sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir.

Sekolah yang dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan Simpangan, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Telok Jering, dan Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, katanya.

Sekolah yang masih dijadikan pusat pemindahan banjir adalah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2 serta Sekolah Kebangsaan Bunohan.

Sumber BERNAMA 29/12/2012

SK Simpangan


SK Telok Jering

SK Pulau Beluru


SK Pengkalan Kubor (1)

SK Pengkalan Kubor (2)


SK Bunohan

0 comments:

Post a Comment