Sunday, November 25, 2012

Yang di-Pertuan Agong bangga UiTM pertahan falsafah penubuhan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan
Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tunku Canselor
kepada Salina Muhamad dalam jurusan
Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik.
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah merakamkan rasa bangga kerana Universiti Teknologi Mara (UiTM) masih terus mempertahankan falsafah asal penubuhannya untuk memberi peluang kepada kaum bumiputera melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Seri Paduka bertitah, meskipun sudah menjadi universiti terbesar dan tersohor di dalam negara ini, falsafah tersebut tetap tidak dilupakan

Malah sebagai Canselor UiTM, baginda amat berbangga dengan pencapaian dan usaha ke arah meletakkan UiTM di dalam peta dunia.

"Jumlah alumni UiTM sekarang sudah mencecah setengah juta orang. Beta pasti kesemua mereka sedikit sebanyak telah menyumbang kepada negara.

"Dengan jumlah yang begitu ramai, beta berharap mereka akan bersatu padu dalam satu persatuan yang akan menyumbang semula kepada UiTM agar kesinambungan kejayaan universiti (dari segi) kuantiti dan kualitinya," titah Seri Paduka ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Ke-77 UiTM di Dewan Agong Tuanku Canselor di sini hari ini.

Sumber Utusan Online 25/11/2012

0 comments:

Post a Comment