Pertukaran Murid

PROSEDUR TUKAR MURID

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBU BAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1.  Salinan Borang SRTATS (diisi ibu bapa/penjaga)
2.  Salinan surat beranak murid
3.  Salinan K/P murid / ibu bapa / penjaga
4.  Salinan surat nikah
5.  Surat hak jaga anak (kes cerai)
6.  Surat anak angkat (jika anak angkat)
7.  Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)


DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1.  Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2.  Salinan surat beranak murid
3.  Salinan K/P murid / ibu bapa / penjaga
4.  Salinan surat nikah
5.  Surat hak jaga anak (kes cerai)
6.  Surat anak angkat (jika anak angkat)


DOKUMEN URUSAN
KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA/SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1.  Salinan Borang Permohonan - JPNS/SPS-REN/09
2.  Salinan surat beranak murid
3.  Salinan K/P murid / ibu bapa / penjaga
4.  Salinan surat nikah
5.  Surat hak jaga anak (kes cerai)
6.  Surat anak angkat (jika anak angkat)


KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR
1. Perlu pengesahan kelahiran
2. Anak Warganegara
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia
4. Mengisi borang daftar lewat
5. Membuat permohonan daftar lewat di Jabatan Pendaftaran Negara
6. Membuat permohonan di JPN


URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah (kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita khas murid yang tidak boleh dipindahkan)

URUSAN KEMASUKAN & PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA

Semua permohonan Murid Bukan Warganegara diproses dan diluluskan Oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berkaitan. Jika terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat JPN, permohonan murid bukan warganegara tersebut hendaklah dipanjangkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.   

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH MENENGAH
DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1.  Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2.  Salinan surat beranak murid
3.  Salinan K/P murid / ibu bapa / penjaga4.  Salinan surat nikah/perakuan Pendaftaran Perkahwinan ibu bapa5.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah6.  Surat Daftar Anak Angkat mengikut Seksyen 25 Akta Pengangkatan 1952 (jika anak angkat) 
Dokumen Tambahan : 
1.       Laporan Disiplin pelajar jika pelajar ini mempunyai masalah disiplin.
2.       Laporan kaunseling jika pelajar ini pernah dirujuk ke Kaunselor (sekiranya pelajar ini tidak ada kaitan dengan para 1 dan 2 di atas, sila nyatakan pelajar ini tidak ada masalah disiplin/kaunseling, laporan tidak perlu disediakan).

Nota :
1.       Empat salinan dihantar ke PPD/JPN yang berkenaan untuk mendapat kelulusan dan satu salinan untuk simpanan sekolah.
2.       Bagi sekolah menengah, sila nyatakan mata pelajaran elektif untuk PMR/pakej SPM dalam lampiran berasingan
3.       Bagi calon PTS/UPSR/PMR/SPM/STPM, sila pastikan permohonan pertukaran pusat peperiksaan diuruskan. 
DOKUMEN URUSAN
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID (SEKOLAH AGAMA/SEKOLAH PERSENDIRIAN/MOHON BELAJAR SEMULA) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (ASBS) .
1.  Dua salinan Borang ASBS
2.  Satu salinan surat beranak pelajar
3.  Satu salinan K/P pelajar
4.  Satu salinan surat berhenti sekolah rendah/menengah
5.  Satu salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
6.  Satu salinan surat nikah ibu bapa7.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah (jika berkenaan)8.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)
Nota :
Pelajar dikehendaki hadir ke JPN/PPD semasa permohonan dengan berpakaian lengkap seragam sekolah 
DOKUMEN URUSAN
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN EMPAT DARIPADA CALON-CALON PERSENDIRIAN/SWASTA  KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN 
1.  Salinan Borang M
2.  Salinan surat beranak
3.  Salinan K/P pelajar
4.  Salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
5.  Salinan K/P ibu bapa murid
6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah (jika berkenaan)7.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan) 
Nota :
Pelajar dikehendaki hadir ke JPN/PPD semasa permohonan dengan berpakaian lengkap seragam sekolah.Tarikh tutup permohonan adalah tiga (3) minggu selepas keputusan PMR tahun semasa.

0 comments:

Post a Comment