HEM


En. Mohd Hairul Razib bin Nordin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Program Susu 1 Malaysia 2012





Program Susu 1Malaysia 2012 telah dijalankan di SK Jeram Batu 20 bermula dari bulan Mac dan dijangka berakhir pada bulan November.  Unit RMT yang diketuai oleh Pn. Nur Mazida Bt Mazlan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dengan berkesan. Program ini dijalankan sebanyak 2 kali bagi setiap minggu persekolahan iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Murid-murid dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7.25 pagi bagi mendengar taklimat dan tatacara minum yang betul.Semua murid akan diberikan sekotak susu 1Malaysia untuk diminum pada hari yang ditetapkan.

Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Bagi Pertandingan Kebersihan dan
Keceriaan Kelas 2012

Majlis penyampaian hadiah dan sijil bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2012 telah dijalankan pada 29.10.2012 (Isnin) di tapak perhimpunan sekolah.

Pertandingan ini yang dijalankan mulai bulan Mac sehingga Oktober telah meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan setiap kelas. Unit Kebersihan (Program 3K) yang diketuai oleh Pn. Hairuzi Bt Miskun (Guru Cemerlang) telah mengendalikannya dengan begitu baik sekali. Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan dan guru kelas yang terlibat:
Tahap 1 :
Johan
- Kelas 2 Jaya
- Pn. Azizah bt. Md. Saleh

Naib Johan
- Kelas 3 Jaya
- Pn. Noraini bt. Nozlan

Ketiga
- Kelas 1 Jaya
- Cik Siti Nur Hartini bt. Ramlee




Tahap 2 :
Johan
- Kelas 6 Jaya
- Pn. Rosmawati bt. Akhomat

Naib Johan
- Kelas 6 Usaha
- Pn. Nur Hayati bt. Yasir

Ketiga
- Kelas 5 Usaha
- Pn. Siti Khatijah bt. Mohd Isa


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Kebersihan, guru-guru kelas dan murid-murid yang telah menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada kelas-kelas yang telah memenanginya.






Pertandingan Memasak Antara Rumah Sukan Bagi Murid Tahun 6

Pertandingan memasak antara rumah sukan bagi murid tahun 6 telah diadakan selama 2 hari iaitu mulai hari Rabu sehingga Khamis (24-25.10.2012) di tapak perhimpunan sekolah. Pelbagai juadah masakan telah disediakan dan dihidangkan oleh murid-murid tersebut antaranya ialah siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur dan air koktail. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh guru-guru tahun 6 sebagai sebahagian program untuk murid-murid selepas UPSR.

Murid-murid bekerjasama dalam
menyediakan masakan.










Aktiviti memotong buah tembikai.









Nasi goreng kampung yang dimasak
oleh ramai tukang masak.












Murid-murid menunjukkan bakat yang tersendiri
semasa memasak. Jelas terpancar wajah
keseronokan murid-murid yang terlibat.










Aktiviti mengemas dan membersihkan
tempat memasak.













Antara pelbagai juadah yang disediakan.
Siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam
campur dan air koktail.











Para hakim memantau hidangan
yang disediakan.















Ceramah Keselamatan Oleh Wakil Syarikat Papermate

Ceramah keselamatan oleh wakil syarikat Papermate telah diadakan di sekolah pada hari Rabu (31.10.2012) dari jam 12.10 p.m. sehingga 12.50 p.m. Ceramah ini mendedahkan murid tentang  keselamatan diri di jalanraya serta cara-cara menunggang basikal dan menggunakan isyarat tangan dengan betul. Di penghujung sesi ceramah telah diadakan program menukar pen yang telah kehabisan dakwat kepada pen Papermate yang baharu. 


 Wakil syarikat Papermate memberikan ceramah keselamatan

Murid-murid diberikan kupon pembelian pen Papermate di Giant

Sesi penukaran pen lama kepada pen Papermate yang baharu

Murid-murid memberi perhatian yang penuh semasa sesi ceramah

Guru-guru terlibat secara aktif semasa ceramah diadakan



SARANA SEKOLAH SARANA IBU BAPA
atau
Klik di sini

0 comments:

Post a Comment