Thursday, July 23, 2015

Rendang Tok

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Lemang dan ketupat tidak akan lengkap tanpa adanya rendang. Bagi orang Perak tentunya rendang tok yang menjadi kebanggaan terutama untuk dihidangkan pada Aidilfitri.

Bahan:

1 1/2 kg daging - dipotong dadu
3 liter santan
1 biji kelapa parut - jadikan kerisik, beberapa kepingan kelapa disangai
2 helai daun kunyit
beberapa helai daun salam
3 batang serai - dititik
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan disangai - goreng tanpa minyak

11/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:

20 biji cili kering - direndam dulu
1 sudu teh lada hitam
10-15 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sm lengkuas
5 batang serai
5 sm halia
3 sm kunyit hidup
bahan yang disangai

Caranya:

Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar.
Masakkan rempah itu dahulu.
Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
Kemudian masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dari kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik.
Kacau sedikit, biarkan ia masak. Hanya tambah air jika perlu.
Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

Thursday, July 16, 2015

Pizza Roti Gardenia mudah dan sedap

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Bahan-bahan:

1. Roti Gardenia
2. Keju
3. Sosej *celur
4. Cendawan *potong kecil dan celur
5. Sos Pasta/Spaghetti
6. Bawang Merah potong halus
7. Cili besar potong halus
8. Oregano Leaves
9. Parsley Leaves
10. Olive Oil (Sapukan sedikit pada kuali pemanggang)

Cara-cara menyediakan dan memasak Pizza Roti Gardenia Pemanggang Ajaib

Sapu roti dengan sos pasta/spaghetti, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. Dah susun semuanya, barulah letakkan keju di atasnya dan bakar dengan api sederhana.

Untuk permulaan proses memasak, jangan tutup pemanggang ajaib tu, biarkan 2 minit gitu, kemudian baru tutup dan kuatkan api sedikit untuk mencairkan keju tadi.

Tak perlu masak lama-lama nanti hangit pula roti tu, kejap je masaknya, agak-agaklah ye.

Ok selamat mencuba, senang sangatkan, kot ada stok roti tak habis tu boleh buat Pizza Roti mudah lagi sedap macam ni. Tak perlu dah nak uli-uli doh heee heee.

yanmie

Wednesday, July 15, 2015

Enaknya Kerabu Daging

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Masyarakat di Malaysia sememangnya gemar memakan makanan berasaskan daging tidak kiralah daging goreng, daging salai, kari daging dan banyak lagi.

Tidak lupa juga kerabu daging yang turut menjadi salah satu kegemaran ketika menjamu selera, dan selalunya ramai akan membeli kerana tidak tahu bagaimana untuk menyediakan kerabu daging ini.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resipi mudah yang dipetik dari Mingguan Wanita ini cara membuat kerabu daging yang enak! Bahan A:
300 gm daging - hiris nipis
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
¼ serbuk lada hitam
2 biji bawang Holland - potong dadu

Bahan B:
1 kuntum bunga kantan - potong halus
2 biji mangga muda - hiris halus
1 biji betik muda - hiris halus
1 biji cili merah / cili hijau
2 biji limau nipis - ambil jus
2 biji cili padi - dicincang
½ cawan kacang tanah - ditumbuk
1 sudu kecil gula
5 helai daun salad

Cara membuat:
• Panaskan minyak dan tumis bahan A selama lima minit lalu asingkan.
• Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk dan masukkan bahan A. Gaul sampai rata.
• Hidang bersama salad daging di atas daun salad.

Selamat mencuba & menjamu selera!

Monday, July 06, 2015

Jom buat sendiri serunding daging yang enak!

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pejam celik kita sebenarnya sudah pun menghampiri minggu akhir bulan paling mulia iaitu bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi.

Semasa di bulan Ramadan pastinya pelbagai juadah yang menjadi tumpuan adalah serunding ayam mahupun daging.

Namun kadang-kala tidak semua yang menjual serunding mengikut cita rasa anda bukan? Oleh itu, apa kata anda buat sendiri dengan resipi mudah ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
200 gram daging (potong kecil)
1 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B (kisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3sm halia
2sm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara-cara:
• Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu digoreng garing. Ketepikan.
• Tumis bahan B hingga wangi dan pecah minyak.
• Masukkan serai dan kunyit, kacau.
• Masukkan kelapa parut dan goreng hingga sebati. Sentiasa balik-balikkan agar tidak hangus.
• Tambah daging yang telah digoreng tadi.
• Tambah garam dan gula secukup rasa dan goreng serunding hingga benar-benar garing.

Selamat mencuba & menjamu selera!

Manfaat bersahur & berbuka dengan buah kurma

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Tahun ini akan menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam akan berpuasa bermula pada hari yang sama di seluruh dunia iaitu pada Khamis ini bersamaan dengan 1436 Hijrah, dan pasti ramai yang tidak sabar untuk menjalani ibadah berpuasa.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dituntut untuk berpuasa sebaik mungkin, jadi bersahur dan berbuka adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi anda tenaga untuk melakukan rutin harian anda, tetapi juga mengerjakan ibadah tarawih.

Bersahur dan berbuka dengan buah kurma adalah Sunnah Rasulullah kerana kurma mempunyai khasiat yang mampu memberi anda tenaga untuk menjalani rutin harian anda ketika berpuasa.

Malah, ketika berbuka juga anda disarankan untuk bermula dengan memakan kurma. Ini kerana kita dituntut untuk berbuka dengan yang manis terlebih dahulu supaya sistem pencernaan lancar apabila memakan makanan berat dan mengganti tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa.

Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K) yang mana sebiji kurma mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16 peratus daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah.

Kebaikan potassium adalah ia dapat menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi.

Selain itu, kurma juga mengandungi banyak protein, lemak dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan juga kalsium, fasfor, sulfat, sodium, magnesium, cobalt, zinc, florin dan selulosa.

Jadi jadikan buah kurma sebagai makanan wajib ketika bersahur dan juga ketika berbuka untuk anda terus cergas dan bertenaga sepanjang hari untuk melakukan kerja dan juga amal ibadat.

Selamat berpuasa & menjalani amal ibadat!