Monday, July 06, 2015

Manfaat bersahur & berbuka dengan buah kurma

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Tahun ini akan menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam akan berpuasa bermula pada hari yang sama di seluruh dunia iaitu pada Khamis ini bersamaan dengan 1436 Hijrah, dan pasti ramai yang tidak sabar untuk menjalani ibadah berpuasa.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dituntut untuk berpuasa sebaik mungkin, jadi bersahur dan berbuka adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi anda tenaga untuk melakukan rutin harian anda, tetapi juga mengerjakan ibadah tarawih.

Bersahur dan berbuka dengan buah kurma adalah Sunnah Rasulullah kerana kurma mempunyai khasiat yang mampu memberi anda tenaga untuk menjalani rutin harian anda ketika berpuasa.

Malah, ketika berbuka juga anda disarankan untuk bermula dengan memakan kurma. Ini kerana kita dituntut untuk berbuka dengan yang manis terlebih dahulu supaya sistem pencernaan lancar apabila memakan makanan berat dan mengganti tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa.

Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K) yang mana sebiji kurma mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16 peratus daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah.

Kebaikan potassium adalah ia dapat menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi.

Selain itu, kurma juga mengandungi banyak protein, lemak dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan juga kalsium, fasfor, sulfat, sodium, magnesium, cobalt, zinc, florin dan selulosa.

Jadi jadikan buah kurma sebagai makanan wajib ketika bersahur dan juga ketika berbuka untuk anda terus cergas dan bertenaga sepanjang hari untuk melakukan kerja dan juga amal ibadat.

Selamat berpuasa & menjalani amal ibadat!

0 comments:

Post a Comment