Tuesday, August 19, 2014

Les Chevaliers du Ciel (Pahlawan di angkasa)

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ini rakaman video yang luar biasa datang dari Les Chevaliers du Ciel (Pahlawan di angkasa) filem Perancis. Gizmodo menggambarkan ia: "mungkin filem kapal terbang yang paling luar biasa yang pernah dilihat." Lihat video ...

"Pada pendapat saya filem ini benar-benar sebuah rakaman yang menakjubkan dari pesawat pejuang. Video ini semata-mata dibuat sebagai satu penghormatan kepada filem dan lagu yang hebat."

Klip bunyi 'Api dari neraka' (Fire from Thirteen Senses).





Melalui Gizmodo

Friday, August 08, 2014

Enggang (Toucan) bermain dengan kamera trafik di Brazil

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Enggang (Toucan) dipaparkan bermain dengan kamera yang sedang memantau lalu lintas di lebuh raya di São Paulo, Brazil.

Sila tonton video ...

Sumber: Wordlesstech.com

Monday, August 04, 2014

Seekor kucing liar secara luar biasa menampar jatuh burung ketika terbang

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sebuah video yang luar biasa yang menunjukkan kucing liar (Caracal = Lynx padang pasir), pemangsa ganas dan lincah, bagaimana ia menampar jatuh burung ketika dalam penerbangan!

Sumber : Wordlesstech


Friday, August 01, 2014

Tidur lama ganggu ingatan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

New York 31 Julai - Saintis menyatakan, individu yang tidur lebih daripada lapan jam sehari boleh mengalami gangguan tahap ingatan dan gagal membuat keputusan dengan baik.

Seorang profesor dari Universiti Phoenix Arizona, Shawn Youngstedt berkata, tempoh yang cukup untuk seseorang tidur adalah sebanyak tujuh jam.

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine menyatakan, manusia tidak perlu masa tidur yang lama seperti yang mereka sangkakan.

"Kebanyakan orang sekarang tidur lebih lama daripada yang diperlukan kerana menyangka mereka tidak cukup tidur," kata Profesor neurosaintis dari Universiti Longhborough, Jim Horne.

Horne berkata, kehidupan zaman moden lebih selesa berbanding berpuluh-puluh tahun sebelum ini, sekali gus membuatkan manusia tidak perlu tidur lebih lama.

"Berbanding seorang pekerja kira-kira 150 tahun lalu yang bekerja 14 jam sehari, enam kali seminggu dan pulang ke rumah yang sesak serta katil yang penuh dengan pijat, kebanyakan kita pada zaman sekarang mempunyai tidur yang cukup," katanya.

Satu kajian yang dijalankan ke atas hampir 9,000 orang berumur antara 50 hingga 64 tahun yang tidur kurang enam jam atau lebih lapan jam sehari didapati mempunyai daya ingatan yang merosot dan sering membuat keputusan yang teruk.

Sumber Utusan online 1/08/2014