Monday, May 26, 2014

Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Guru Besar dan seluruh warga SK Jeram Batu 20 mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya di Sarawak dan Sabah.

Semoga tahun-tahun mendatang memberikan lebih kemakmuran kepada kita semua.

Sunday, May 18, 2014

Makanan wajib dalam menu harian

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Makan merupakan perkara penting dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, persoalan yang sering timbul adalah sama ada makanan yang dimakan setiap hari itu benar-benar berkhasiat? Jika anda mengamalkan diet yang tidak seimbang, maka kesihatan anda sudah tentu akan terjejas.

Oleh itu, pengamalan diet yang seimbang adalah sangat penting bagi tubuh mengekalkan kesihatan tubuh badan anda. Di sini, kami ingin kongsikan tips makanan berkhasiat yang boleh memberikan manfaat kepada tubuh badan anda.

Yogurt
Yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria tidak baik di permukaan usus, sekaligus meningkatkan daya ketahanan badan di samping berupaya melindungi badan daripada serangan kanser. Tetapi tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik. Oleh itu, jika anda ingin membeli yogurt, pastikan ianya mempunyai label yang tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’.

Tomato
Warna merah pada buah tomato mengandungi banyak likopen yang kaya dengan antioksidan. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan likopen mampu mengurangkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit, kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

Lobak merah
Lobak merah ini kaya dengan karotenoid di mana ia mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan artritis rheumatoid.

Blueberi
Buah blueberi ini sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin A dan C, di mana ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan.

Soya hitam
Semua jenis kacang soya baik untuk kesihatan jantung, namun soya hitam mempunyai khasiatnya yang tersendiri, iaitu ia dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Ini kerana soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Soya hitam juga mempunyai protein dan serat serta mempunyai kalori yang rendah.

Gandum
Gandum kaya dengan serat yang bersifat boleh larut dalam air, di mana ia bertindak untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Gandum juga kaya dengan karbohidrat.

Bayam
Sayur bayam mengandungi asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Malah, ia juga dipercayai mengandungi zat yang boleh meningkatkan tenaga lelaki, yang dikenali sebagai folat yang mana ianya berupaya meningkatkan aliran darah ke zakar.

Sumber: Tupai.my

Saturday, May 17, 2014

Sempena Hari Guru 2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Foto kenangan dari lensa kamera Ustazah Noriah bt. Jidin

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru 2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Selamat Hari Guru 2014!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan warga pendidik di sekolah ini serta di mana sahaja berada, di atas sokongan dan keprihatinan saudara saudari terhadap sekolah dan kebajikan umum murid-murid kita. Semoga masa-masa yang mendatang memberikan kecekalan dan kesungguhan bagi meneruskan khidmat bakti cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Guru Besar dan seluruh warga,
SK Jeram Batu 20,
45800 JERAM. Selangor.

Thursday, May 08, 2014

Diet seimbang pesakit diabetes

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Bagi pesakit diabetes atau kencing manis, pengambilan makanan atau diet seimbang sangat penting dalam kehidupan seharian bagi mengawal tahap gula dalam darah.

Bijirin.
Ini kerana diabetes terjadi akibat daripada kelemahan tubuh mencerna karbohidrat. Dalam proses metabolisme, karbohidrat diproses menjadi gula atau glukos dan ditukarkan kepada tenaga, namun tidak semua jadi begitu.

Brokoli.
Buat pesakit kencing manis, insulin berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah yang tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan berlakunya pengumpulan gula yang menghasilkan keadaan hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya gula dalam air kencing.

Bayam.
Jadi jika anda cuba untuk mengamalkan diet diabetes yang seimbang dan sihat, berikut adalah beberapa cadangan makanan yang mampu mengawal tahap gula anda.

Bubur / bijirin

Kacang hijau.
Pengambilan bubur atau bijirin mampu mengawal kandungan gula dalam tubuh badan anda. Malah anda digalakkan untuk makan bubur pada waktu pagi. Walaupun bubur merupakan karbohidrat, ia merupakan karbohidrat yang baik. Oleh kerana ia kaya dengan fiber terlarut, ia melambatkan penghadaman dan tidak akan meningkatkan kandungan gula anda begitu cepat. Ia juga membantu pengurangan berat badan kerana kandungan fiber membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.
Strawberi.

Brokoli, bayam & kacang hijau

Menurut pakar diabetes, pengambilan sayur-sayuran tidak berkanji seperti brokoli, bayam dan kacang hijau dalam diet anda sangat bagus kerana ia kaya dengan fiber dan rendah karbohidrat. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak boleh mengambil sayur-sayuran berkanji seperti kentang, ubi kayu manis dan sebagainya kerana ia turut memberi anda nutrisi lain. Perlu diingatkan, diet anda perlu seimbang.
Hirisan Salmon.

Strawberi

Ramai pesakit atau penghidap diabetes cuba mengelak pengambilan buah strawberi kerana kemanisannya. Namun sebenarnya strawberi adalah snek yang sihat dan tidak akan meningkatkan kandungan gula terlalu banyak. Ianya rendah kalori dan karbohidrat, tetapi kaya dengan fiber dan air, lantas membuatkan anda kenyang dengan lebih lama.

Salmon & daging tanpa lemak

Daging yang kaya dengan protein tidak akan memberi kesan kandungan
Daging tanpa lemak.
seperti karbohidrat. Jika anda makan dengan kuantiti yang betul, ikan, dada ayam tanpa kulit dan daging tanpa lemak sebenarnya baik untuk diet buat pesakit diabetes. Ikan salmon adalah salah satu pilihan terbaik kerana ia turut mengandungi asid lemak Omega-3. Daging juga adalah sumber kronium iaitu mineral yang membantu insulin berfungsi secara betul.

Kayu manis.
Kayu manis

Kayu manis adalah sejenis rempah yang mempunyai kesan seperti insulin dan juga membantu mengurangkan kandungan gula dalam tubuh pesakit diabetes. Hasil daripada beberapa kajian yang dijalankan, saintis telah membuat kesimpulan bahawa ekstrak kayu manis mampu mengurangkan kandungan gula dalam pesakit yang mempunyai masalah untuk mengawalnya.

Sumber: Safina Othman (Tupai.my)