Monday, February 24, 2014

Kajian semula pelaksanaan PBS

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Dr. Khair Mohamad Yusof.
Lima tindakan segera diambil

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan mengambil lima tindakan segera susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kajian menyeluruh terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, ia termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mulai 17 Februari lalu bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Menurutnya, bengkel membabitkan guru dan kesatuan guru turut diadakan pada bulan ini bagi membantu penelitian dan kajian semula PBS dan hasilnya akan dibentangkan kepada kementerian dalam masa terdekat. Beliau berkata, pihaknya juga menubuhkan Jawatankuasa ‘Task Force’ PBS di peringkat kementerian yang bermesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian sistem itu.

Katanya, ‘war room’ PBS turut diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan di samping membuat maklum balas dari semasa ke semasa. Selain itu katanya, usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dilaksanakan bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu secara lebih mudah dan berkesan.

“Semua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Dr Khair berkata, kementerian memandang serius berhubung isu bebanan tugas dibangkitkan oleh guru dalam pelaksanaan PBS di samping pandangan akan kesannya kepada murid. “Berhubung pelaksanaannya, kementerian sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang pandangan, kritikan daripada guru dan masyarakat,” katanya. Beliau berkata, kementerian akan memaklumkan hasil kajian semula itu dan tindakan lanjut berhubung pelaksanaannya selepas Muhyiddin berpuas hati dengan penambah baikan yang akan dicadangkan.

“Buat masa ini, guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan dibuat oleh kementerian dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber myMetro 24/02/2014

Friday, February 21, 2014

PBS dalam proses tambah baik

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Datuk Seri Idris Jusoh.
Kuala Lumpur: Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baru selepas melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, sistem itu dalam proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula.

"Merujuk kepada respons kita terima, banyak menyatakan ia membebankan tugas guru selain isu teknologi maklumat (ICT) (dari segi) 'connectivity' dan 'accessibility'.

"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian dilakukan mengambil kira pandangan semua pihak," katanya semalam.

Sumber Bernama 21/02/2014.

Wednesday, February 12, 2014

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dikaji semula

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan sebahagian
guru dalam satu majlis perjumpaan membincangkan
isu-isu berkaitan pelaksanaan PBS di
SMK Putrajaya Presint 8 (1), baru-baru ini.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dikaji semula - TPM

Putrajaya: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selepas menerima banyak aduan daripada guru di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mengambil kira bebanan terhadap guru terutama bagi memasukkan data pelajar dalam sistem aplikasi PBS itu.

"Buat masa ini, guru-guru mengeluh kerana kerap berdepan masalah ketika memasukkan data pelajar dalam pangkalan data PBS menerusi dalam talian," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat tertutup mengenai pelaksanaan PBS bersama guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya P8 (1) di sini.

"Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.

Menurutnya, PBS akan dikaji secara menyeluruh dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sistem pangkalan data PBS itu juga ditangguhkan sehingga 1 April depan bagi tujuan menaik taraf dan menyelesaikan isu-isu capaian.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sejak PBS dilaksanakan, kementerian telah menerima pelbagai pandangan dalam kalangan guru-guru di seluruh negara antaranya mengenai sistem capaian bagi merekod prestasi dan pencapaian pelajar yang tidak efisien.

Sumber : Akhbar Online 12/02/2014

Wednesday, February 05, 2014

PIBG perlu tingkat peranan sebagai rakan kongsi

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

NANCY Shukri menyampaikan bantuan kepada seorang daripada murid
SK Sebuyau Ensengei pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal
Persekolahan 1Malaysia di sekolah berkenaan di Simunjan, Sarawak.
SIMUNJAN 4 Feb. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu meningkatkan peranan mereka sebagai rakan kongsi bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, peranan itu perlu bagi memastikan pembangunan sekolah yang baik dapat memberi manfaat kepada pelajar.

Katanya, terdapat kes di mana apabila wakil rakyat sudah mengeluarkan peruntukan namun PIBG sekolah menghalang peruntukan berkenaan.

"Hal sebegini tidak seharusnya berlaku kerana akan mengundang salah faham. Lebih membimbangkan lagi, fitnah mengenai perkara itu boleh tersebar dengan cepat terutamanya dalam laman sosial.

YB Hajjah Nancy Shukri.
"Apa yang dihasratkan oleh wakil rakyat itu untuk melihat perkembangan pembangunan di sekolah tidak tercapai sehingga ada pihak yang mempersoalkan di manakah peruntukan yang telah diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada 59 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebuyau Ensengei di sini semalam.

Tambah Nancy, pihak sekolah juga diminta tampil dan tidak menyembunyikan apa juga kekurangan infrastruktur bagi kemudahan pendidikan sekolah bagi membolehkan bantuan sepatutnya dapat disalurkan.

"Kerjasama pihak sekolah untuk memanjangkan perkara tersebut terus kepada kerajaan amat penting agar kualiti pembangunan sekolah dapat dipelihara.

"Saya meminta agar guru dan ibu bapa menanam cita-cita tinggi dan berpandangan jauh untuk sentiasa memperbaiki mutu dan prestasi sekolah.

"Tidak perlu takut memohon untuk kebaikan, kami sentiasa membantu. Tetapi jika pihak guru dan ibu bapa tidak memohon, bagaimana kerajaan tahu apa keperluan pihak sekolah," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Rabu 5 Februari 2014

Monday, February 03, 2014

Jurugambar 'aviation' Jessica Ambats istimewa untuk foto pesawat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jessica Ambats.
Jessica Ambats seorang pilot dan jurugambar pesawat. Terkadang dia perlu mengabadikan pesawat dalam jarak 20 meter dari dirinya.

Pengalaman paling sulit untuk mengambil  foto 4 pesawat jet Citation milik swasta dan pesawat P51 Musteng dari perang dunia kedua.

Boleh dilihat aksi dari Jessica ketika bekerja, boleh menjadi sumber inspirasi.

Kegiatan foto udara menjadi salah satu pekerjaan. Tapi Jessica memiliki hobi lain dalam fotografi, salah satunya foto malam hari untuk mengabadikan galaksi Milky Way, foto landscape dan lainnya.








Semua imej oleh Jessica Ambats.
Beberapa foto Jessica boleh dilihat melalui Pinterest

Sumber:  Jessica Ambats  |  Aviation Photo  |  Plus Google