Wednesday, February 12, 2014

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dikaji semula

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan sebahagian
guru dalam satu majlis perjumpaan membincangkan
isu-isu berkaitan pelaksanaan PBS di
SMK Putrajaya Presint 8 (1), baru-baru ini.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dikaji semula - TPM

Putrajaya: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selepas menerima banyak aduan daripada guru di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mengambil kira bebanan terhadap guru terutama bagi memasukkan data pelajar dalam sistem aplikasi PBS itu.

"Buat masa ini, guru-guru mengeluh kerana kerap berdepan masalah ketika memasukkan data pelajar dalam pangkalan data PBS menerusi dalam talian," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat tertutup mengenai pelaksanaan PBS bersama guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya P8 (1) di sini.

"Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.

Menurutnya, PBS akan dikaji secara menyeluruh dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sistem pangkalan data PBS itu juga ditangguhkan sehingga 1 April depan bagi tujuan menaik taraf dan menyelesaikan isu-isu capaian.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sejak PBS dilaksanakan, kementerian telah menerima pelbagai pandangan dalam kalangan guru-guru di seluruh negara antaranya mengenai sistem capaian bagi merekod prestasi dan pencapaian pelajar yang tidak efisien.

Sumber : Akhbar Online 12/02/2014

0 comments:

Post a Comment