Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

Tahun 2013 telah berlalu meninggalkan kita dengan segala kenangan manis dan indah-indah belaka. Jika ada yang di sebaliknya, lupakan sahaja, jadikan sebagai perangsang dan semangat bagi terus menuju ke masa depan yang lebih gilang-gemilang.

Guru Besar dan seluruh warga sekolah ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua, tidak kira di mana sahaja anda berada. Marilah kita terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati dan mengukuhkan kerjasama antara kita.

Kepada guru-guru dan seluruh warga sekolah, berusahalah dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme dalam melaksanakan dasar-dasar kementerian juga kerajaan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak didik kita, sama ada di bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum, dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima-kasih kepada anda semua warga
pendidik dan juga staf bukan guru di sekolah ini khasnya dan seluruh warga pendidikan di mana sahaja anda berada, yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan tadbir urus di sekolah pada masa lalu, terkini dan masa mendatang.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Pusat Zakat Selangor, Ketua-ketua Jabatan di daerah Kuala Selangor dan sudah semestinya negara kita tercinta, Malaysia.

Ucapan terima kasih juga tak lupa diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah, Jawatankuasa Pewaris sekolah, Badan Kebajikan Pendidikan Khas sekolah, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah, para ibu bapa dan penjaga serta masyarakat setempat yang amat mengambil berat, penuh keprihatinan tentang kesejahteraan sekolah, pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pencapaian pendidikan anak-anak.

Kepada semua anak-anak didik kami, belajarlah bersungguh-sungguh tanpa mengenal rasa letih dan jemu untuk menimba seberapa banyak ilmu yang ada, sama ada di sekolah, di rumah mahupun di mana sahaja, dalam apa cara sekalipun, kerana ilmu yang diperolehi akan merubah taraf hidup anda dan keluarga di masa akan datang.

Akhir kata,  marilah kita bersama-sama mengatur langkah
mengharungi 2014 dengan penuh azam, tekad dan semangat untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada anak-anak didik, sekolah kita dan tanahair tercinta, Malaysia.

Terima-kasih. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.

Ikhlas daripada:
Guru Besar dan Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20,
45800 Jeram. Selangor.

Wednesday, December 25, 2013

Foto koleksi dari Reuters Pictures tahun 2013

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Reuters menampilkan koleksi foto tahun 2013.

Dikemas dalam video Youtube dengan nama POY 2013 yang diabdikan dari beberapa berita di seluruh dunia.


Sumber: Home I Pictures of the Year  |  Reuters Pictures  |  The Year in Pictures

Sunday, December 22, 2013

Lukisan atas pasir di pantai yang menakjubkan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Lukisan atas pasir di pantai yang menakjubkan dan mantap.

Ini adalah salah satu karya yang anda semua patut cuba bila berada di pantai.

Bukan senang tetapi hasilnya pasti memuaskan.

Semua ini dihasilkan oleh Andres Amardo.














Tuesday, December 17, 2013

Foto satelit dari Blue Marble aplikasi mencari daerah gelap untuk foto bintang

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Aplikasi Blue-Marble adalah kumpulan foto yang diambil dari pencitraan satelit. Foto yang dikumpulkan hanya foto pada malam hari. Aplikasi ini digunakan oleh jurugambar bintang. Kerana mereka boleh mengetahui di mana daerah yang minimum pencemaran cahaya.

Mungkin anda pernah mencuba mengambil gambar bintang, nyatanya hanya beberapa saja tampak di langit. Itu disebabkan oleh pencemaran cahaya kota. Umumnya jurugambar pemburu bintang akan pergi ke daerah sangat terpencil atau pun ke hutan atau pengunungan. Bahkan mereka yang profesional memilih pergi ke sebuah tempat seperti tempat letaknya teleskop yang sudah dipastikan jauh dari pencemaran cahaya kota.

Anthony Spencer dari SLR Lounge menceritakan tip untuk mendapatkan tempat untuk foto Nightscapes. Dia mengunakan data gambar dari Blue-Marble, dan mencari daerah yang kira-kira lebih gelap tapi tidak terlalu jauh di kotanya. Misalnya jarak 30 minit dan 60 minit dengan kenderaan, boleh menjadi tempat alternatif. Syukur di kota anda, memang memiliki daerah yang gelap.

Contohnya di bawah ini, ada 2 titik merah pada angka 30 minit perjalanan iaitu di Hulu Langat dan Kuala Langat, dan 60 minit perjalanan dengan kenderaan. Untuk pergi sejauh 60 minit mungkin terlalu jauh. Alternatif boleh mengambil 3 daerah lebih dekat yang diberi tanda pada lingkaran tengah iaitu Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang. Pencemaran cahaya di daerah tersebut lebih kurang di banding harus pergi terlalu jauh ke luar kota.

Masalahnya pencitraan satelit untuk daerah gelap di Greater Kuala Lumpur Lembah Klang agak sulit. Boleh dilihat pada gambar di bawah ini, di mana saja kota di Greater Kuala Lumpur Lembah Klang sudah terlalu terang dengan cahaya. Beruntung di daerah lain agak gelap terutama di kawasan Negeri Sembilan.

Penyelesaian lain adalah pergi ke daerah yang lebih tinggi, seperti tempat dengan ketinggian di atas 1600 meter.

Untuk melihat lokasi di mana cahaya kota yang tidak terlalu terang boleh dilihat melalui Blue-marble.de

Antony Spencer

10 Tips and Tricks From Landscape Photographer Antony Spencer

Saturday, December 14, 2013

Belajar 'Timelapse' dari Michael untuk gambar bintang dan cakerawala

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Belajar Timelapse dari Michael untuk gambar bintang dengan kamera dan lensa sudut lebar.

Jurugambar bintang, Michael Shainblum menyatakan yang diperlukan hanya kamera DSLR dan lensa sudut lebar, tidak perlu teleskop untuk membuat foto bintang. Hasil fotonya bagus dan dia menceritakan pengalaman dari kamera yang dimiliki.

Yang penting pergi menjauhi dari pencemaran cahaya, cari posisi yang tepat sebelum malam. Bila sudah boleh mengambil inti galaksi Bima Sakti (Milky Way), boleh dikembangkan dengan peralatan lain seperti pengesan gerakan (tracker motion) untuk bintang sampai rel pergerakan kamera. Biarkan kamera bekerja seperti robot.

Pengalamannya diceritakan pada video dibawah ini.


The Art Of The Timelapse | Meet Michael Shainblum dari The Creators Project di Vimeo.

Video yang dibuat dibawah ini


Into The Atmosphere dari Michael Shainblum di Vimeo.

Wednesday, December 11, 2013

Dirgahayu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Daulat Tuanku
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibn Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj,
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu)., D.K. (Kelantan)., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Kedah)., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
Sultan Dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena
Hari Keputeraan Yang Ke-68
pada
11 Disember 2013

"Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku"

Sembah Takzim daripada
Guru Besar & Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20,
45800 Jeram. Selangor Darul Ehsan.

Sunday, December 01, 2013

Wajah kebanyakan wanita dari 41 negara

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Wajah kebanyakan wanita dunia di masa depan.
Wajah khas wanita dari negara-negara di seluruh dunia ini dicipta oleh saintis, menggunakan beratus-ratus gambar wanita dari seluruh dunia. Ahli Psikologi di University of Glasgow memfoto perempuan dari 41 negara dan etnik yang berbeza untuk percubaan.

Menggunakan versi moden dari teknik antropologi Sir Francis Galton yang ditemui pada akhir abad ke-19, beberapa gambar secara hati-hati diletakkan di atas satu sama lain (disusun) menggunakan teknologi komputer.

Menggunakan mata wanita sebagai fokus, teknik ini menghasilkan gambaran yang rata-rata setiap wanita dari setiap daerah yang berbeza.

Kaedah itu disebut 'composite portraiture' dan pertama kali digunakan pada tahun 1880 oleh Sir Francis Galton. Sayang sekali dalam percubaan ini tidak menggunakan contoh wajah wanita dari Malaysia, berikut hasilnya.
Rata-rata wajah wanita dari pelbagai negara termasuk England,
China dan Afrika Tengah telah disimpulkan oleh ahli-ahli sains.
Beratus-ratus imej wajah-wajah wanita diletakkan di atas satu sama lain sebelum
program komputer yang dicipta mempurata di sekitar titik tumpuan mata mereka.
Ada yang mengkritik, berkata - sebagai hasil, semuanya kelihatan di usia sekitar 20
tahun - mereka tidak menggambarkan apa-apa di pelbagai umur di beberapa negara.
Mereka di belakang projek itu mengatakan bahawa purata kaedah membentuk ciri-ciri sebelum
mengadun imej bersama-sama - oleh itu mengapa ianya tidak ada kecacatan atau ketidaksempurnaan.
Projek ini telah diilhamkan oleh jurugambar Afrika Selatan, Mike Mike dipanggil projek
'Wajah Masa Depan' dan teknik yang digunakan dibangunkan oleh ahli sains sosial, Francis Galton.
Sumber : Daily Mail