Saturday, November 30, 2013

Persahabatan antara seekor badak air dengan kura-kura gergasi

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Owen dan Mzee.
Walaupun berlainan species, tetapi mereka tetap boleh bersahabat. Seekor anak badak air berumur 1 tahun yang terselamat daripada gelombang Tsunami tahun 2004 di pantai Kenya telah membentuk ikatan yang kuat dengan seekor kura-kura jantan tua jenis Aldabran bernama Mzee yang berumur lebih satu abad di kawasan Kemudahan Haiwan di bandar pelabuhan Mombassa.

Badak air tersebut bernama Owen diselamatkan pada 27 Disember 2004 apabila Tsunami Asia memisahkan dia dari keluarganya, bersendirian di Lautan Hindi. Owen telah dibawa ke Haller Park, Mombassa di mana dia membina persahabatan dengan makhluk yang paling tidak mungkin, yang berusia 130 tahun, kura-kura gergasi Aldabran bernama Mzee.


View Larger Map

Dalam masa beberapa jam dua haiwan ini telah membentuk satu ikatan persahabatan yang kuat. Enam bulan kemudian, mereka masih berenang, pergi untuk berjalan, makan dan tidur bersama-sama. Owen malah menjilat kura-kura yang memgeluarkankan lehernya untuk keseronokan bersama.

Tingkah laku badak air yang masih bayi menunjukkan kuasa ikatan kekeluargaan yang kuat. Kerana dia masih lagi bayi, Owen sangat-sangat memerlukan kasih sayang seorang tokoh ibu. Kura-kura, di sisi lain mungkin melihat Owen sebagai teman comel baru.

Ikatan persahabatan antara keduanya telah dimuatnaik oleh lebih 40,000 laman web di seluruh dunia. Owen dan Mzee boleh dikunjungi setiap hari pada pukul 4.30 petang di Haller Park, Mombassa, Kenya.


Owen and Mzee: The True Story of a Remarkable Friendship dari UNICEF C4D di Vimeo.













Tuesday, November 26, 2013

Rakyat China bersawah di atas apartment

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Rakyat China bina sawah dan tanam padi atas apartment.

Kerana kekangan tempat untuk menanam padi, jadi ini adalah lokasi yang paling sesuai bagi mereka di China.





Monday, November 18, 2013

Timelapse Aurora dari 1500 foto selama 7 jam

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Richard Gottardo telah merakamkan sebanyak 1500 gambar untuk mengabadikan pemandangan aurora. Dibuat pada 9 November lalu. Video selama 2 minit dibuat di pergunungan Rockey.

Richard tinggal di Kanada, dan harus pergi sejauh 400km ke arah utara. Mencari apa yang disebut penampakan Polar Spirit / nama lain dari Aurora. Videonya memang singkat dengan durasi 2 minit. Tidak banyak yang diceritakan kecuali gambar aurora di semua hasil fotonya untuk dijadikan video timelapse. 7 jam proses pengambilan gambar di bulan November di Kanada, suhu udaranya pasti dingin sekali.


Northern Lights Timelapse - Nov 9, 2013 oleh Richard Gottardo di Vimeo.

Keindahan fotonya di Huffingtonpost.ca.

Tuesday, November 12, 2013

Kesan Taufan Haiyan yang melanda Filipina

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Taufan Haiyan.
Badai super telah melanda negara Filipina, bahkan di peta negara itu tertutup semuanya oleh awan badai. Taufan Haiyan memiliki kederasan angin melebihi 250km sejam.

Perkiraan lintasan taufan Haiyan diperkirakan berada tepat di tengah Filipina. Mulai mendekat pada 7 November, masuk ke Filipina pada 8 hingga 9 November dan terus mengarah ke Vietnam dan China pada 10 dan 11 November.

Dari CNN iReport sudah mengabarkan hujan lebat telah dan sedang melanda.

Taufan Haiyan masuk kategori 5 atau 'top scale' badai siklon tropika sejak hari Rabu lalu. 

Kerajaan Filipina menggunakan 3 pesawat cargo C-130, termasuk 32 pesawat dan helikopter lain dari tentera. Petugas bahkan menurunkan poster billboard agar tiang billboard tidak patah. Foto kerosakan badai Haiyan / Yolanda dari CNN (ada peringatan foto dari CNN).


Di bawah ini video Taufan Yolanda atau Haiyan terlihat kekuatan angin membadai Tacloban.


Di bawah ini video setelah Taufan Yolanda atau Haiyan berlalu.


Negara Filipina mendapat 20 taufan setiap tahun, rata rata memiliki kekuatan besar. Bulan depan masih ada satu lagi badai kelas super dari Bopha yang melanda negara Filipina.


Gambar di bawah ini adalah perkiraan dari lintasan oleh Google berdasarkan data GDACS.


Data dari EUMETSAT satelit cuaca Jepun.


Animasi lintasan dari NOAA diperkirakan Taufan Haiyan memasuki Filipina hari Jumaat 8 November 2013 pagi.


Peta lain dapat dilihat melalui satelit cuaca Australia dan Taiwan.

Foto terkini dari NASA.

Dari CNN melaporkan, kemungkinan korban badai ini mencapai lebih 2,344 orang, dari sumber kerajaan Filipina. Walau bagaimanapun, 20,000 orang masih hilang. Foto dari ISS angkasawan Karen L mengabadikan dari stesyen angkasa lepas.

Monday, November 11, 2013

Guru Pendidikan Islam dikesan sebar fahaman Syiah kepada pelajar di Kedah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

ALOR SETAR, 10 Nov - Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini Ahad.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah.

Sumber BERNAMA 10/11/2013

Friday, November 08, 2013

Keputusan UPSR 2013 akan diumumkan 14 Nov ini

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kuala Lumpur, 7 Nov - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 Nov (Khamis) ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini.

Kenyataan itu menyebut semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Nov dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 Nov ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sumber BERNAMA 7/11/2013

Monday, November 04, 2013

Selamat menyambut Maal Hijrah 1435

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435 pada Selasa 5 November 2013; dan 1434 Hijrah telah meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari Maha Pencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.

Pengertian Awal Muharam:
Muharam adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah), kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah SAW, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah. Firman Allah SWT bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).."

"The number of months in the sight of Allah is twelve (in a year) - so ordained by Him the day He created the heavens and the earth of them four are sacred: that is the straight usage. So wrong not yourselves therein..". (Surah At-Taubah: 36).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun (paus) setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari pertama Allah menurunkan Rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa Akhir Tahun:
Doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya-Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Akhir Tahun ialah:
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau redhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:
Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas Solat Maghrib (waktu Maghrib) pada malam satu Muharam.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Awal Tahun ialah:
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam seperti:
~ Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib 3x

Semoga dapat kita berkongsi kepada semua. Insya-Allah.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435.

WALLAHU’ALAM

Doa Akhir dan Awal Tahun yang telah dimuatnaik individu lain setahun yang lalu: