Sunday, June 30, 2013

Ulser mulut

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Juga disebut 'lompang', 'mata ikan', 'kudis mulut' atau 'seriawan mulut'. Dalam istilah perubatan disebut 'ulser afta'.

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh di alami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. Selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Beberapa bahagian yang mungkin terkena ulcer mulut.
Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! Cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi.

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubat kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:

a. Banyak minum air suam.
b. Berehat dan tidur dengan cukup.
c. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Thursday, June 27, 2013

Foto Supermoon dari Alessandro, ini baru foto

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Posisi dia dengan bulan masih di atas bukit.
Hari Minggu 23/06/2013 yang lalu, bulan lebih dekat dengan bumi. Banyak jurugambar cuba mengabadikan detik setahun sekali tersebut. Seorang jurugambar Alessandro membuat gambar lain dari yang lain. Bulan dijadikan lebih besar.

Hari Sabtu beliau sudah siap sedia di satu gunung Santis di Switzerland. Pada hari itu beliau bersiap dengan membawa kamera Canon 1D X, 400mm f2.5 dan 2 teleconverter untuk menaikan zoom ke 800x. Lalu kamera ditetapkan ke ISO 400 dengan 1/250s dan bukaan lensa F8.

Tertarik melihat haril karya lainnya, sila klik: + helvetiabynight.com

Lihat entri terdahulu: Fenomena Supermoon hari ini!

Di tempat tersebut Alessandro sempat kecewa kerana awan datang menutup lokasi.
Tidak lama kemudian, awan hilang tepat pada waktunya.
Yang di atas ini betul-betul hebat!

Senarai ranking SBP SPM 2012

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Keputusan SPM telah diumumkan pada 21 Mac 2013 yang lalu. Bagaimanapun masih belum terlambat untuk melihat pencapaian sekolah-sekolah anak-anak kita belajar. Berikut adalah senarai ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi keputusan SPM 2012. Kategori ini berdasarkan kedudukan bagi kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Sekolah Seri Puteri telah mendahului senarai sebagai sekolah paling cemerlang dalam Keputusan SPM 2012 yang lalu. Berikut adalah senarai ranking SPM 2012 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan analisis Gred Purata Sekolah (GPS) yang dikeluarkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia:

Senarai Ranking Sekolah SBP Terbaik Keputusan SPM 2012

Bil
Nama Sekolah
GPS
1
Sekolah Seri Puteri
1.0422
2
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawer
1.0620
3
Kolej Tunku Kurshiah
1.1067
4
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
1.1870
5
Sekolah Tun Fatimah
1.2275
6
Kolej Islam Sultan Alam Shah
1.2976
7
SBP Integrasi Gombak
1.3417
8
Sekolah Menengah Sains Muar
1.4349
9
Kolej Melayu Kuala Kangsar
1.4593
10
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
1.4928
11
Sekolah Sultan Alam Shah
1.5032
12
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
1.5105
13
Sekolah Menengah Sains Muzhaffar Shah
1.5327
14
Sekolah Menengah Sains Kuching
1.5327
15
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
1.5410
16
Sekolah Menengah Sains Tapah
1.5719
17
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1.6755
18
SM Agama Persekutuan Labu
1.6960
19
Sekolah Menengah Sains Johor
1.7003
20
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
1.7295
21
Sekolah Menengah Sains Machang
1.7527
22
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
1.7575
23
Sekolah Menengah Sains Rembau
1.7705
24
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
1.7862
25
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1.7924
26
SBP Integrasi Rawang
1.8046
27
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
1.8322
28
Sekolah Menengah Sains Selangor
1.8529
29
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh
1.8649
30
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
1.8754
31
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
1.8961
32
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
1.9001
33
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
1.9143
34
SBPI Sabak Bernam
1.9209
35
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
1.9593
36
SBP Integrasi Jempol
1.9714
37
SBP Integrasi Gopeng
2.0000

Tahniah kepada semua! Syabas diucapkan kepada guru-guru yang cemerlang dan berdedikasi mengajar anak didik masing-masing hingga mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Senarai ranking MRSM SPM 2012

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Keputusan SPM telah diumumkan pada 21 Mac 2013 yang lalu. Bagaimanapun masih belum terlambat untuk melihat pencapaian sekolah-sekolah anak-anak kita belajar. Berikut adalah ranking SPM 2012 bagi MRSM seluruh Malaysia. Ianya berdasarkan keputusan analisis daripada pihak MARA yang menyusun ranking mengikut pencapaian Gred Purata Maktab (GPM) untuk SPM 2012 bagi semua MRSM seluruh Malaysia:

Berasa banggalah dengan kejayaan kalian atau anak-anak kalian semua. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang cemerlang dan berdedikasi mengajar anak didik masing-masing hingga mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuesday, June 25, 2013

Syarat menutup atau membuka sekolah kerana jerebu

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ketua Pengarah Pendidikan,
Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Arahan terbaru berdasarkan kepada Kenyataan Akhbar KPPM, jam 7:00 malam 24/06/2013.

Kawasan bacaan IPU melebihi 300, sekolah wajib tutup.
Bacaan IPU 250 - 300, perlu merujuk KPM untuk ditutup.
Manakala kawasan IPU 250 ke bawah, sekolah-sekolah perlu dibuka seperti biasa.

Harap maklum.
Arahan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims
Lihat entri terdahulu: Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Monday, June 24, 2013

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
1. Pembakaran secara terbuka
2. Asap dari kilang
3. Asap dari kenderaan

Hindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:-

Nilai IPU
Status Kualiti Udara
Diskripsi
0 – 50
Baik
-
51 – 100
Sederhana
-
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
301 ke atas
Bahaya
Orang ramai terjejas

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

Jerebu mengancam kesihatan anda

Basuh muka dan bahagian kulit yang terdedah.
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1.Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Pakai penutup hidung.
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cegahlah penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut:-
• Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
• Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
• Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
• Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
• Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
• Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
Minum banyak air.
• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
• Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. Jangan turunkan tingkap kenderaan anda.
• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
• Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
• Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
• Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

Sumber: Portal Kementerian Kesihatan  |  Portal Infosihat

Sunday, June 23, 2013

Mutakhir: Jerebu - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jerebu di Putrajaya.
PUTRAJAYA 2013/06/23 - 18:32:37 pm : Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dalam satu kenyataan sebentar tadi. Katanya, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Palanivel berkata, keadaan jerebu semakin buruk pada 5 petang tadi dan sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot boleh memudaratkan kesihatan pelajar.

Sumber:

BERNAMA: All Schools In Kuala Lumpur And Selangor To Close Monday Due To Haze - Palanivel

BH Online - Jerebu: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok

Kosmo Online: Jerebu: Semua sekolah di KL dan Selangor ditutup esok

mStar Online: Jerebu: Sekolah di Selangor, KL Tutup Isnin

Sinar Online: Sekolah KL, Selangor diarah tutup

Utusan Online - Jerebu: Semua sekolah di KL, Selangor diarah tutup esok

Fenomena Supermoon hari ini!

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Perigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan hari ini, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 16 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

"Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer,” katanya.

Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.

Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.

Rujukan: Wikipedia  |  Bubblews  |  EarthSky  |  International Science Times  |  National Geographic  |  Space.com  |  Starship Asterisk*  |  The Huffington Post

Friday, June 21, 2013

Budak OKU ini ‘disisihkan’ dalam sesi bergambar di sekolahnya…

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ambridge disisihkan semasa proses pengambilan gambar kelas.
Selalunya apabila anak pulang bersama ‘gambar kelas’ ia pasti menarik perhatian ibu bapa yang ingin melihat guru dan rakan-rakan anaknya yang sudah satu tahun belajar bersama-sama.

Bagaimanapun, hati seorang ibu bernama Anne Belanger dari New Westminster, Canada sangat terhiris apabila melihat anaknya disisihkan jauh daripada barisan rakan-rakan lain dalam gambar tersebut.

Meskipun anaknya, Miles Ambridge, 7, mengalami masalah kesihatan 'spinal muscular atrophy' (otot otrofi tulang belakang) hingga terpaksa berkerusi roda, baginya itu bukan alasan untuk bertindak kejam demikian rupa.

Sesi bergambar dilakukan sekali lagi selepas mendapat kecaman.
Dia dan suami, Don Ambridge tambah sedih apabila melihat anak mereka kelihatan tersenyum lebar dalam gambar tersebut, barangkali kerana terlalu naif untuk mengerti layanan buruk yang sedang diterimanya.

Susulan perkara ini, pihak sekolah menerima kecaman lalu mengatur semula sesi bergambar Miles bersama rakan-rakan kelasnya.

Herbert Spencer Elementary bagaimanapun menyalahkan syarikat yang diupah bagi mengambil gambar kelas sebagai punca kejadian berlaku.

Sumber: Daily News  |  Huffington Post  |  The Blaze  |  The Province

Pengajaran: Semoga perkara tersebut tidak berlaku di mana-mana sekolah dalam negara kita.

Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Selamat Datang ke Zoo Negara.
Pada hari Rabu 19 Jun 2013 seramai 35 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan diiringi oleh 5 orang guru termasuk Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran juga disertai bersama oleh NYDP PIBG telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara Kuala Lumpur dan kawasan sekitar KLCC. (Sila lihat video).
Guru Besar, guru-guru, NYDP PIBG dan murid-murid SK Jeram Batu 20 di Zoo Negara.



En. Rahmat @ Rosly.
Bertolak dari sekolah pada jam 8:00 pagi dan tiba di Zoo Negara kira-kira jam 9:30 pagi kerana terpaksa menempuh kesesakan jalanraya sekitar Selayang. Berada di Zoo Negara sehingga jam 2:00 petang sebelum bergerak ke Taman KLCC dan pulang sekitar jam 5:00 petang.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi terima-kasih kepada pihak Zoo Negara terutamanya, En. Rahmat Ahmat Lana @ Rosly, Timbalan Presiden, Pengerusi Pentadbiran, Sumber Manusia dan Pendidikan dari Persatuan Zoologi Malaysia atas layanan cemerlang yang telah diberikan kepada kami. Terima-kasih sekali lagi.

Kita akan melihat Giant Panda pada 2014. Persiapan sedang giat dijalankan!
Harimau Putih.
Cat Walk.
Ape Centre.
Tasik Tuanku Abdul Rahman.
Rumah Reptilia.
Savannah Walk.
Dunia Ampibia.
Berikut disertakan serba sedikit maklumat mengenai Zoo Negara. (Semua gambar adalah dari portal Zoo Negara Malaysia).

Waktu operasi dan bayaran masuk.
Zoo Negara Malaysia adalah sebuah zoo di Malaysia yang terletak di keluasan 110 ekar (45 hektar) di Ulu Klang, berhampiran Taman Melawati, di timur laut Kuala Lumpur. Ia telah dibuka secara rasmi pada 14 November 1963. Taman ini diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Persatuan Zoologi Malaysia. Untuk pembiayaan, Zoo Negara bergantung kepada kutipan pintu dan sokongan daripada penderma dan penaja.
Tram.

Zoo Negara adalah rumah bagi 5137 haiwan daripada 476 spesies yang berbeza. Selama bertahun-tahun, zoo telah mengubah dirinya kepada satu konsep zoo terbuka dengan lebih 90% daripada haiwan yang disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap bersesuaian dengan sifatnya.

Zoo Negara telah menerima MS ISO 9001:2008 pada bulan Julai 2007, dan merupakan ahli Timur Persatuan Zoo Asia Selatan (SEAZA).

Zoo huts.
Pada tahun 1957, Persatuan Pertanian Hortikultur Tanah Melayu (MAHA) membuka sebuah zoo kecil. Selepas penciptaan mini zoo, idea zoo sebenar secara beransur -ansur mendapat momentum, dan kerajaan persekutuan memilih tempat di Ulu Klang, Selangor seterusnya ke sempadan Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, Ulu Klang adalah kawasan yang belum dibangunkan lagi dan masih kehijauan. Pada tahun 1963, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama (kini Malaysia) YTM Tunku Abdul Rahman membuka zoo kepada orang ramai. Zoo Negara yang dikenali sebagai "Zoo di Rimba" kerana kehijauan yang mengelilingi kawasan itu.
Pertunjukan haiwan.

Zoo mengalu-alukan pengunjung ke sejuta pada 14 Februari, 1966, hanya tiga tahun selepas pembukaan, dan bermula tahun 1986, zoo itu mengalu-alukan lebih daripada 1 juta pelawat setiap tahun.

Ape Centre.
Kawasan di sekitar zoo itu dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan sehingga tahun 1970-an apabila Kuala Lumpur mengalami ledakan ekonomi.

Akuarium.
Memandangkan berdekatannya Ulu Klang dengan Kuala Lumpur, banyak kawasan telah dibuka untuk pembangunan secara besar-besaran sebagai kawasan kediaman yang dirancang pada 1980-an. Ia telah berkembang dari segi penduduk sejak itu. Pembangunan ini telah menyebabkan kawasan di sekeliling zoo di penuhi tempat kediaman dan juga meningkatkan nilai tanah di mana zoo itu terletak.

Cat walk.
Pada akhir 1990-an dan 2000-an awal, terdapat rancangan untuk memindahkan zoo ke lokasi lain di Selangor. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut sebahagian besarnya tidak popular di kalangan orang ramai kerana ia dilihat sebagai satu usaha oleh sesetengah pemaju untuk mengambil kesempatan ke atas nilai tanah besar zoo itu. Dengan sokongan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor pada masa itu, Zoo Negara tidak dipindahkan.
Kompleks beruang.

Untuk ke sana

Terletak hanya 5km dari pusat bandar Kuala Lumpur.

* Alamat:
- Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Aviari Burung.
* Menggunakan Light Rail Transit System (LRT):
- Menggunakan LRT Kelana Jaya Line, turun di stesen LRT Wangsa Maju dan mengambil teksi atau bas feeder ke zoo.

* Dengan bas:
- Metrobus nombor 16 dari Central Market, KL
- Rapid KL nombor U34 dari Stesen Putra LRT, Wangsamaju, KL
Dunia kanak-kanak.
- Rapid KL nombor U23 dari Stesen Titiwangsa, KL

Pameran

Terdapat 16 pameran di zoo ini iaitu:

Reptile Park

Gajah.
Buaya di Reptile House
The Reptile Park mempunyai pameran kedua-duanya dalaman dan luaran, dan termasuk muara atau buaya air masin, buaya air tawar, 'Gharial' palsu, dan buaya kerdil Afrika. Ia juga mempamerkan penyu dan tuntong, termasuk kura-kura Aldabran (spesies kura-kura kedua terbesar di dunia) dan tuntong tempatan atau 'terrapin' sungai. Ular dalam koleksi termasuk ular sawa, dan banyak ular berbisa.

Mamalia luar.
Pusat Dunia Amfibia di Taman Reptilia mempunyai pelbagai jenis katak dan kodok yang berasal dari pelbagai habitat di Malaysia.

Monyet / beruk Lesser
Koleksi monyet zoo dan tidak kurang beruk termasuk ungka, siamang, monyet daun perak, beruk ekor panjang, dan Macaque ekor babi.

Badak Sungai Nil.
Gajah Malaysia
Pameran Gajah Malaysia adalah rumah kepada tiga gajah Malaysia: Siti (24 tahun), Sibol (23 tahun) dan Triang (jantan, 21 tahun), yang semua telah berada di dalam zoo sejak kecil.

Tasik Burung
The Bird Lake, pameran termasuk burung botak bercat, sekendi, bangau, angsa, burung undan dan burung botak upeh.

Aviari Burung
Penguin.
Dengan lebih daripada 100 spesis burung dari seluruh seluruh dunia, Aviari juga rumah untuk pelbagai jenis burung-burung terbang bebas. Sudut bergambar dengan unggas di aviari membenarkan pengunjung mengambil gambar-gambar sebagai kenangan dengan pelbagai jenis burung kakaktua dan cockatoos pada hujung minggu.

Reptilia.
Pameran haiwan malam
Ini pameran tertutup adalah merupakan rumah kepada kelawar buah, kelawar terbesar di dunia dan kadang-kadang dipanggil musang terbang, serta kancil dan tapir Malaya.

Pouchland
Pouchland ialah rumah untuk pelbagai jenis marsupial termasuk walabi, kanggaru-kanggaru dan 'pademelon'.

 Penguin Humboldt
Pameran ini ialah rumah kepada penguin Humboldt.

Julung-julung.
Dunia Kanak-kanak
Di rumah dunia kanak-kanak terdapat pelbagai jenis haiwan termasuk arnab, itik dan ayam yang bebas ke
sana sini dengan anak-anaknya, serta burung kakak tua dan tikus babi Guinea. Ia termasuk satu mini hutan hujan dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan serangga, serta satu aviari kecil, kolam ikan, bangsal kuda padi dan taman permainan.

Pusat Enggang.
Kompleks Beruang
Ialah rumah untuk beberapa jenis beruang termasuk beruang hitam Asia, beruang perang, beruang 'kemalasan' (sloth bear) dan beruang matahari Malaya.

Savanna Walk
Savana Walk ialah satu daripada konsep terbuka terbesar dipamerkan di zoo, ialah rumah untuk zirafah-zirafah, kuda belang, burung kasawari, badak putih, antelop sabel dan 'scimitar horned oryx'.

Badak Air Sungai Nil
Serangga Zoo.
Pameran ini ialah rumah untuk badak air dan badak air katik. Zoo mempunyai tiga ekor badak air Sungai Nil: Duke, Kibu dan Chombie. Chombie telah dilahirkan di zoo.

Negeri Mamalia
Pameran Mammal Kingdom termasuk kucing emas, kucing-kucing berkepala rata, rakun, puma, harimau bintang, binturung, capybara, agouti Brazil, memerang dan landak.

Aquaria Air Tawar
Burung tasik.
Akuarium Tunku Abdul Rahman adalah akuarium air tawar yang pertama berasaskan ekologi yang memaparkan sungai dan tanah lembap di Malaysia. Akuarium mempunyai ikan yang biasa dilihat di sungai-sungai di Malaysia, serta spesies yang jarang ditemui dan terancam termasuk invertebrata seperti ketam, udang, batu karang, dan serangga akuatik.

Cat Walk
The Cat Walk termasuk singa Afrika, singa Asiatic, harimau Bengal dan harimau Malaya.

Botak Upeh.
Ape Centre
Pusat Ape adalah rumah kepada orang utan Borneo dan Sumatera serta cimpanzi.

Zoo Serangga
Zoo serangga adalah antara tarikan terbaru di Zoo Negara dan memaparkan lebih dari 200 spesies serangga dari seluruh dunia. Pameran ini adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan yang terbesar di rantau ini.

Antara serangga di zoo adalah rama-rama seperti Birdwing Rajah Brooke, pokok peri dan Lea spesies India, orkid dan daun mati mantises, kumbang bermuka lelaki, tarantula, kala jengking gergasi Malaysia dan banyak lagi. Menurut maklumat pihak zoo, "Zoo Serangga sedang berusaha menyusun koleksi unik serangga, termasuk rama-rama terbesar dan terpanjang di dunia."

Haiwan lain
Haiwan malam.
Haiwan lain dalam koleksi zoo termasuk Rusa Paya, guanaco, nyala, Red Lechwe, Glider Gula, barasingha, Rusa Sambar, Rusa berbintik, Rusa Sika, babi hutan, babi berjanggut, banteng, seladang India Ankoli dan seladang.

Tarikan lain

Singa laut, monyet dan macaws adalah sebahagian daripada pertunjukan haiwan yang ditunjukkan dua kali sehari iaitu setiap jam 11:00 pagi dan 3:00 petang.

Keretapi atau tram dan lawatan berpandu boleh didapati pada hujung minggu dengan bayaran tertentu.
Savanna Walk.

Muzium Mini Lebah terletak di tengah-tengah kawasan Zoo Negara dan membantu mendidik pelawat mengenai pelbagai jenis lebah di negara ini.

Suduk bergambar dengan pelbagai haiwan pula terletak di pintu masuk utama zoo itu, dan dibuka pada hujung minggu. Pelawat boleh mengambil gambar-gambar mereka bersama dengan ular, kuda padi dan juga burung.

Pemuliharaan

Sudut bergambar.
Zoo Negara telah membiakkan lebih 200 spesies yang sangat terancam Upeh (milky stork). Zoo sedang bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar tempatan pada program pelepasan burung-burung. Pencapaian pembiakan lain termasuk enggang dan julung air tawar.

Pendidikan

Kanggaru Australia.
Pendidikan adalah salah satu objektif utama Zoo Negara. Zoo berusaha dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan percuma kepada sekolah-sekolah dan lawatan berkumpulan. Antara aktiviti-aktiviti percuma termasuk lawatan, ceramah, seminar dan sesi interaktif. Zoo juga telah menerbitkan buku cerita pertama mengenai 'Manja' orang utan yang meliputi kisah hidup 'Manja' orang utan yang jinak di zoo dan fakta pemuliharaan orang utan. Penerbitan lain yang ketara adalah Buku Kerja Klasifikasi Haiwan yang diedarkan secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.
Pemuliharaan.

Zoo Negara Live!

Zoo Negara Live! adalah program penggunaan internet suapan video 24 jam disiarkan secara langsung dari Zoo Negara Malaysia, dan merupakan projek bersama antara Zoo Negara dan Fakulti Art & Design di UiTM Shah Alam. Dua harimau Malaya, Pacin dan Zanah, yang dipindahkan dari Zoo Melaka pada 4 April 2007 di program pertukaran, adalah tarikan utama program ini.

Surau yang selesa.
Tiga kamera yang terletak di dalam kawasan pendedahan dan salah satu di dalam kawasan 'suku malam' (suku malam juga merupakan kawasan makan mereka). Masa makan adalah sekitar 4.30 - 06:30 petang (waktu tempatan, Kuala Lumpur). Harimau biasanya aktif pada waktu pagi (8.00 - 10:00 pagi) apabila mereka dibebaskan dari suku malam ke kawasan pendedahan mereka. Siaran secara langsung ini telah tersedia sejak 4 Januari 2010.

Sumber:  Wikipedia  |  Zoo Negara Malaysia