Friday, May 31, 2013

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Guru Besar dan seluruh warga SK Jeram Batu 20 mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai kepada kaum Kadazandusun dan Murut di Sabah, dan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak.

Kopivosian Tadau Ka'amatan’ dan ‘Gayu Guru Gerai Nyamai’.

Thursday, May 30, 2013

Lebih 200 jasad atas gunung Everest dibiarkan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pendaki gunung Everest sudah sedia maklum tentang keadaan dan cabaran pendakian di Everest. Di mana terdapat satu kawasan yang di panggil Zon Maut iaitu di atas 8,000 m., di mana udara sangat tipis dan bekalan oksigen sangat kurang. Sekiranya tidak membawa tangki oksigen, pendaki berdepan kemungkinan kekurangan oksigen yang menyebabkan halusinasi dan boleh membawa maut.

Di Zon Maut, ada anggota badan pendaki yang berkemungkinan mendapat ‘frost bite’, iaitu kebekuan yang menyebabkan anggota badan seperti jari jemari menjadi mati.

Terdapat peringatan yang tetap betapa berbahayanya mendaki Gunung Everest, tetapi Majalah Smithsonian mendorong bahawa titik permulaan dengan melihat beberapa cerita yang lebih tragis mengenai gunung ini.

Lebih daripada 200 orang telah meninggal dunia di cerun beku di panggil Zon Maut, dan ramai yang telah membeku di dalam ais di mana mereka jatuh. Jasad mereka terpaksa dibiarkan sebegitu saja kerana sukar dibawa turun. Dan, dalam kenyataan yang agak mengerikan, majalah itu menyatakan bahawa ada jasad yang juga digunakan oleh pendaki lain sebagai mercu tanda.

Zon Maut - ke atas 8,000 m tanpa oksigen boleh membawa maut.
Ia khusus rujukan "Boots Green," dimaksudkan adalah seorang pendaki keturunan India, Tsewang Paljor, yang membeku mati berhampiran sebuah gua pergunungan pada tahun 1996. Badannya digunakan sebagai penanda bagi pendaki lain untuk menentukan sejauh mana jarak mereka berada.

Boots Green disertai oleh David Sharp satu dekad kemudian. Pendaki Inggeris itu berhenti di gua di mana dia benar-benar beku di sini, tidak bergerak tetapi masih hidup. Kira-kira 40 pendaki melintasi tanpa menyedarinya, ramai mungkin menganggap beliau ialah Boots Green. Apabila seseorang akhirnya mendengar beliau mengerang dan pengsan, ia sudah terlambat untuk menyelamatkan dia.


"Ya saya boleh ingat menonton ini pada National Geographic, terdapat beberapa wanita dalam keadaan nazak, dan setiap orang hanya berjalan lalu ketika dia merayu meminta bantuan mereka. Tiada apa yang mereka boleh lakukan, jika anda cuba untuk membantu seseorang, kemungkinan anda juga akan mati. Apabila saya mula-mula melihatnya, saya sangat terkejut, tetapi apa yang mereka boleh lakukan .."

Terdapat galeri penuh (dan mengerikan) daripada badan-badan di Everest di laman web Dimensi Perubahan.

Lihat entri terdahulu: National Geographic dan Ekspedisi The North Face Everest  |  Jelajahi Everest, Kilimanjaro dan lainnya dari Google Map  |  Gigapixel gambar gunung Everest dan Khumbu

Sumber: Altereddimensions  |  CBC News1  |   CBC News2  |  Electric speakeasy  |  Godheadv.blogspot.com  |  Newser  |  Outside online




"Boots Green," jasad pendaki keturunan India yang membeku mati
berhampiran sebuah gua pergunungan pada tahun 1996. Badannya
digunakan sebagai penanda bagi pendaki lain untuk menentukan
sejauh mana jarak mereka berada. David Sharp, pendaki British
juga mati di tempat yang sama sepuluh tahun kemudian.
"Boots Green".
"Boot Green - Tsewang Paljor"






Mayat pendaki yang masih tergantung pada talinya.
Jasad Shriya Shah-Klorfine, 33 tahun, rakyat Kanada keturunan Nepal.
Meninggal dunia pada 10.00 malam 19/05/2012 kerana kekurangan
oksigen ketika turun. Jasadnya dibawa turun sepuluh hari kemudian.


Wednesday, May 29, 2013

Foto lama pembinaan Jambatan Menara London (London Tower Bridge)

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Siapa yang tahu mengenai Jambatan Menara yang terletak di London ini? Jambatan ini dikira terkenal juga di Britain. Jambatan ini telah dibuka untuk kegunaan pada bulan Jun, 1894 dan masih digunakan sehingga sekarang.

Bila difikir balik pada zaman itu, kira hebat bukan teknologi pembinaan mereka, sampai boleh bertahan 100 tahun lebih. Kalau zaman sekarang ini, entah berapa lamalah boleh tahan. Lagipun mereka banyak menggunakan tenaga manusia daripada jentera berat. Kalau anda tak percaya, jom lihat gambar-gambar lama pembinaan jambatan ini.


Sumber Wikipedia -
Bahasa Melayu  |  English















Cantik bukan? Berbeza dengan masa mula-mula buat dulu.
Sangat-sangat klasik. Menggamit memori masa silam.

Fitnah terhadap SPR ibarat 'cheap matinee' atau siaran ulangan - Datuk Wan Ahmad Omar

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Datuk Wan Ahmad Wan Omar mungkin hanya memegang jawatan nombor dua dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tetapi beliau adalah yang paling berpengalaman mengendalikan pilihanraya.

Bagi Timbalan Pengerusi SPR ini, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) adalah yang paling mencabar dan menguji kesabarannya. Begitupun dia tetap tenang menangkis ftinah demi fitnah terutama yang dilemparkan oleh pembangkang, baik terhadap SPR mahupun dirinya secara peribadi.

Apakah rahsia Wan Ahmad begitu “cool” mendepani semua cabaran ini yang tidak henti-henti walaupun PRU13 sudah berakhir?

“Dari segi karenah parti politik yang melanggar undang-undang, inilah pilihanraya paling teruk saya hadapi apabila ada pihak yang tak terima dan tak percaya keputusan rakyat,” katanya dalam satu pertemuan di pejabat SPR baru-baru ini.

Wan Ahmad berkata, beliau menganggap karenah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pilihanraya ibarat “cheap matinee” atau dalam konteks penyiaran, cerita lama yang sering diulang tayang di televisyen.

“Setiap kali pilihanraya, benda yang sama akan berulang. Macam “cheap matinee” atau siaran ulangan yang kita tengok di televisyen. Tetapi PRU13 inilah yang paling teruk. Macam-macam kami kena fitnah,” katanya.

Terkini, semasa Kongres Nasional PKR ke-9 Jumaat lalu, pembangkang mencemuh kredibiliti SPR bersubahat memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Malah, PKR tak habis-habis meroyan membangkitkan isu dakwat kekal, pengundi hantu, bekalan elektrik terputus dan jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Malah mereka mendesak  Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof  dan Wan Ahmad meletakkan jawatan.

Wan Ahmad ditanya jika beliau boleh bertindak menyaman Mat Sabu dan Harakahdaily atas kapasiti peribadi kerana memfitnahnya terbabit dalam isu projek kad pengenalan di Sabah, mengapa tidak boleh saman bagi pihak SPR yang dilemparkan pelbagai tuduhan?

“Itu saman peribadi. Saya saman Mat Sabu, PAS dan editor Harakah kerana mereka tuduh saya terbabit dalam projek IC, walhal ketika itu saya tak masuk SPR lagi. Fitnah itu telah mencemarkan nama baik saya dan keluarga.

“Apabila saya ke luar negara menghadiri ceramah, bayangkan betapa malunya apabila rakan-rakan sejawat dari negara lain bertanyakan hal itu. Ada juga yang menghantar emel menghulurkan simpati. Tetapi saya jelaskan orang yang dituduh itu bukan saya. Kes ini akan dibawa ke mahkamah pada 29 Mei. Saya sudah serahkan kepada peguam,” katanya.


Wan Ahmad berkata SPR pula tidak boleh bertindak sembarangkan memandangkan ia adalah sebuah suruhanjaya yang panelnya dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, lantas mereka perlu merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Ditanya apakah langkahnya selepas ini jika fitnah terus menerus dilemparkan, Wan Ahmad berkata beliau tidak akan berhenti memberi penerangan malah bersedia diundang menyertai forum.

“Saya suka berterus terang. Orang buat fitnah, kita beri penjelasan bersandarkan fakta. Kita mesti terus menerus berhubung dengan rakyat dan memberi penerangan. Insyallah, orang atas pagar yang keliru akhirnya akan menggunakan akal fikiran,” katanya.

Wan Ahmad, menggunakan analogi seorang pegawai bomba apabila dia berdepan dengan masalah.

“Ia macam kita padam api. Bila kebakaran berlaku, saya ambil hos dan padamkan. Malah tidak cukup dengan itu saya akan memeriksa apa yang ada dalam api itu yang menjadi punca kebakaran. Itulah pendekatan saya. Saya tak akan berputus asa beri penjelasan kepada rakyat kerana itu tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita,” katanya.

Wan Ahmad berkata, SPR telah mengadakan latihan berbulan-bulan, berceramah ke seluruh negara dan mencetak beribu dokumen dalam usahanya mendidik pengundi.

“Tetapi membentuk pemikiran rakyat supaya menghormati undang-undang dan keluhuran perlembagaan bukan  tanggungjawab SPR semata-mata. Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya mengambil berat mengenai pilihanraya patut bekerjasama. Begitu juga ibubapa dan guru.

“Dulu semasa saya sekolah ada mata pelajaran sivik dan tatarakyat. Sepatutnya apabila masuk ke sekolah menengah, pelajar-pelajar dididik dalam hal ini. Apabila mereka sudah masuk kolej atau universiti baru kita nak mengajar, susahlah sebab mereka sudah pandai.

“Sepatutnya seawal tingkatan empat kita perkenalkan pelajar kepada perlembagaan negara dan sivik.  Ibu bapa juga harus main peranan untuk tanamkan cintakan keamanan dan demokrasi dalam diri anak-anak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya,” katanya.

Mengenai desakan pemimpin pembangkang supaya beliau dan Aziz meletak jawatan, Wan Ahmad berkata tidak ada sebab mereka perlu berbuat demikian.

“Panel SPR dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Mengapa perlu letak jawatan apabila kita telah jalankan tugas dengan betul? Lainlah kalau Yang DiPertuan Agong titah kita letak jawatan.

“Alah, pembangkang memang sejak dulu sentiasa mencari alasan apabila kalah. Saya nak tengoklah pada hari angkat sumpah di parlimen pada 24 Jun nanti, sama ada mereka hadir atau tidak,” katanya.

Wan Ahmad berkata, dia bersimpati dengan golongan muda yang mudah terpengaruh dengan Pasukan Penyebar fitnah (PPF) yang bekerja untuk pembangkang.

“Kesian orang muda diperalatkan. Terlalu banyak maklumat yang tidak betul disebar dan dicanang oleh mereka yang tak bertanggungjawab semata-mata untuk mengelirukan generasi muda yang tidak faham, serta tidak ada masa nak membaca undang-undang pilihanraya.

“Mereka sengaja mahu memupuk budaya benci, tidak menghormati undang-undang, keluhuran perlembagaan dan tidak mahu menerima keputusan pilihanraya yang telah diputuskan oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah.

“Rakyat telahpun membuat keputusan. Kawasan yang menang mereka terima, kawasan yang kalah mereka tolak. Apabila menang, cepat-cepat angkat sumpah dan apabila kalah, pergi ke jalan raya membantah. Ini satu budaya double-standard yang sungguh tidak profesional dan tidak bertanggungjawab,”katanya.

Sehubungan itu Wan Ahmad mencadangkan supaya pihak berwajib memandang serius apa yang sedang belaku sekarang. Katanya jika tidak dibendung, masalah akan menjadi lebih besar.

“Saya selaku Timbalan Pengerusi SPR, selaku rakyat yang mempunyai satu undi, sebagai bapa dan ketua keluarga, merasakan fenomena memperalatkan anak muda sungguh merbahaya kepada Malaysia.

“Kita tengok Pasukan Penyebat Fitnah terus-terusan sebarkan dakyah. Kita tengok dalam suratkhabar gambar anak-anak muda memakai baju hitam meletakkan bendera Malaysia terbalik. Masyallah apa nak jadi?

“Sekarang ini kita lihat rakyat Malaysia lebih percaya fitnah daripada fakta. Mereka lebih percaya fiksyen dan persepsi daripada realiti. Inilah perkara yang sedang berlaku. Saya harap kerajaan janganlah biarkan budaya fitnah terus berlaku.”

Sumber oleh Noor Hasilah Ismail - 28/5/2013

Monday, May 27, 2013

Maxis eKelas bersedia untuk ditawarkan kepada sekolah seluruh negara bermula Jun 2013

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud sedang
diberikan taklimat penggunaan Program Maxis eKelas.
Maxis eKelas merupakan salah satu program interaktif memfokuskan kepada pelajar tingkatan satu hingga tiga dalam membantu mereka dalam subjek Sains dan Matematik. Setelah dalam fasa ujian melibatkan 30 buah sekolah sejak tahun lepas, kini ia bersedia untuk lebih 2,300 sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara secara percuma.

Program Maxis eKelas merupakan kerjasama antara Maxis dan juga KPM yang telah dimeterai pada tahun 2011. Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT untuk pembelajaran kreatif.

Selain daripada ditawarkan secara percuma disekolah, pengguna Maxis dan Hotlink yang berminat turut boleh melanggannya pada harga serendah RM25 sebulan, dan mengikuti pembelajaran berkaitan Sains (Fizik, Kimia dan Biologi) dan juga Matematik melalui laman Maxis eKelas.

Selain Maxis, pihak Yes juga telah mengumumkan mengenai penggunaan Chromebook di sekolah pada minggu lepas, dan terdapat beberapa perkhidmatan lain yang turut menawarkan pembelajaran melalui talian.

Versi Bahasa Malaysia untuk Maxis eKelas dijangka akan hadir sekitar tahun hadapan – 2014.

Sumber Amanz.my 27/05/2013

Bangunan tertinggi dunia Sky City mulakan pembinaan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Sky City bangunan tertinggi di dunia, akan memulakan pembinaan bulan depan di Changsha, China oleh pemaju The Broad Group.

Pencakar langit ini akan siap dalam masa 7 bulan (sebelum ini dianggarkan dalam masa tiga bulan), disebabkan oleh sistem modul dan bahagian-bahagian pasang siap digabungkan.

Sila lihat video ...

Sky City adalah kompleks bercampur kediaman yang akan dapat menempatkan 31,000 orang di dalamnya.

Sky City One, ketinggiannya adalah 838 m (2,749 kaki) bangunan pencakar langit yang diluluskan untuk pembinaan di bandar Changsha, Hunan di selatan-tengah China.

Bangunan Lestari luas, dianggarkan akan mengambil masa hanya 90 hari untuk membina, tetapi lain-lain anggaran menyatakan bahawa ia akan mengambil masa 210 hari untuk selesai.

Jika siap, ia boleh menjadi bangunan tertinggi di dunia.

Sumber Designboom





Hari perbarisan tiga planet

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Dua planet paling cerah di langit sepanjang bulan ini, iaitu Zuhrah dan Musytari, bakal didekati oleh satu lagi planet dekat dengan matahari iaitu Utarid.

Secara amnya, Zuhrah adalah planet kedua menghampiri matahari dan Musytari yang mengorbit di luar Marikh berkedudukan lebih 10 juta kilometer antara satu sama lain.

Namun, pada bulan ini, tiga planet itu dilaporkan berputar seiringan dan semakin rapat antara satu sama lain kemudian disertai pula oleh planet Utarid.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) melaporkan, penduduk bumi dapat menyaksikan kedudukan rapat tiga planet itu bermula semalam pada waktu senja selama 30 minit.

"Kejadian tiga planet berada dekat dalam tiga segi jarang sekali berlaku. Kali terakhir berlaku pada Mei 2011 dan kita menjangkakan pada pertengahan Oktober 2015
nanti," kata jurucakap Nasa.

Bagaimanapun, planet Zuhrah dan Musytari diramal berkedudukan lebih rapat tidak kurang daripada satu darjah.

"Selepas itu, Zuhrah dan Utarid akan terus bergerak lebih tinggi sementara Musytari menuju ke arah bawah iaitu matahari," katanya.
- Reuters

Earthsky.org  |  Huffington Post  |  National Geographic  |  NBC News  |  Space.com

Sunday, May 26, 2013

National Geographic dan Ekspedisi The North Face Everest

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

National Geographic dan Ekspedisi The North Face di Everest, menyaksikan bagaimana gunung telah menjadi ikon bagi segala yang salah dengan memanjatnya.

Atas: Suluhan lampu kepala, mengesan laluan ke puncak beberapa jam sebelum subuh.

Tanpa peraturan keselamatan ketat, pendaki akan terus menghadapi lebih bahaya berada di atas gunung daripada ketinggian dan unsur-unsur lain.

Imej © Kristoffer Erickson / National Geographic

"Perkara yang paling berbahaya tentang Everest," kata seorang penunjuk arah, "adalah orang lain yang cuba untuk mendakinya."

Kanan: Kesesakan berlaku di Hillary Step pada Sabtu, 19 Mei, 2012.

Sesetengah pendaki menghabiskan masa selama dua jam di dinding batu 40 kaki ini di bawah kawasan puncak tersebut, menyebabkan kehilangan haba badan.

Imej © Subin Thakuri, Utmost Adventure Trekking/National Geographic

Walaupun begitu, 234 orang berjaya sampai ke puncak atas pada hari itu. Empat pendaki meninggal dunia.

Kiri: Sekumpulan pendaki bekerja keras sehingga Lhotse Face, menuju ke arah Camp IV, perhentian terakhir sebelum ke puncak.

Imej © Andy Bardon/National Geographic

Peraturan-peraturan yang longgar dan ledakan dalam kepentingan pihak komersial dalam dua dekad yang lalu telah membuatkan Everest jauh lebih mudah untuk didaki oleh pakar-pakar dan juga orang baru.


Bawah: Keluaran Jun, majalah National Geographic.

Imej @ National Geographic

Sumber National Geographic

Melalui wordlesstech

Sila lihat entri terdahulu:

Jelajahi Everest, Kilimanjaro dan lainnya dari Google Map

Gigapixel gambar gunung Everest dan Khumbu