Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

Tahun 2013 telah berlalu meninggalkan kita dengan segala kenangan manis dan indah-indah belaka. Jika ada yang di sebaliknya, lupakan sahaja, jadikan sebagai perangsang dan semangat bagi terus menuju ke masa depan yang lebih gilang-gemilang.

Guru Besar dan seluruh warga sekolah ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua, tidak kira di mana sahaja anda berada. Marilah kita terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati dan mengukuhkan kerjasama antara kita.

Kepada guru-guru dan seluruh warga sekolah, berusahalah dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme dalam melaksanakan dasar-dasar kementerian juga kerajaan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak didik kita, sama ada di bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum, dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima-kasih kepada anda semua warga
pendidik dan juga staf bukan guru di sekolah ini khasnya dan seluruh warga pendidikan di mana sahaja anda berada, yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan tadbir urus di sekolah pada masa lalu, terkini dan masa mendatang.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Pusat Zakat Selangor, Ketua-ketua Jabatan di daerah Kuala Selangor dan sudah semestinya negara kita tercinta, Malaysia.

Ucapan terima kasih juga tak lupa diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah, Jawatankuasa Pewaris sekolah, Badan Kebajikan Pendidikan Khas sekolah, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah, para ibu bapa dan penjaga serta masyarakat setempat yang amat mengambil berat, penuh keprihatinan tentang kesejahteraan sekolah, pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pencapaian pendidikan anak-anak.

Kepada semua anak-anak didik kami, belajarlah bersungguh-sungguh tanpa mengenal rasa letih dan jemu untuk menimba seberapa banyak ilmu yang ada, sama ada di sekolah, di rumah mahupun di mana sahaja, dalam apa cara sekalipun, kerana ilmu yang diperolehi akan merubah taraf hidup anda dan keluarga di masa akan datang.

Akhir kata,  marilah kita bersama-sama mengatur langkah
mengharungi 2014 dengan penuh azam, tekad dan semangat untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada anak-anak didik, sekolah kita dan tanahair tercinta, Malaysia.

Terima-kasih. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.

Ikhlas daripada:
Guru Besar dan Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20,
45800 Jeram. Selangor.

0 comments:

Post a Comment