Friday, November 08, 2013

Keputusan UPSR 2013 akan diumumkan 14 Nov ini

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kuala Lumpur, 7 Nov - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 Nov (Khamis) ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini.

Kenyataan itu menyebut semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 Nov dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 Nov ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sumber BERNAMA 7/11/2013

0 comments:

Post a Comment